Pembimbingku

September 05, 2012

Rabu , 05 / 09 / 2012
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabatku ,
Izinkan aku menulis mengenaimu ,
Aku membesar dengan mu ,
Ibubapa ku yang memperkenalkan ku dengan mu ,
Pada mulanya aku agak kekok dengan mu ,
Kadang-kadang kita agak berbeza bahasa , citarasa , dan latar belakang ,
Tetapi ajaibnya kau tak pernah kisah tentang hal itu ,
Terus menerus kau setia di sisi ku ,
Semakin aku membesar , semakin aku mengenali diri mu ,
Aku diajar oleh guru-guru ku mengenai sikap mu ,
Baru ku sedari betapa kau teman ku sehidup semati ,
Tetapi kerana sikap ku yang tidak menentu ,
Kadang-kadang aku megembelakangkan mu ,
Kau tidak ku layani sebagai seorang sahabat .

Sahabatku ,
Ketika ku kegembiraan , kau tidak ku temui berkongsi kegembiraan ku ,
Tetapi disaat aku kegelisahan , kau lah yang aku cari ,
Dan seperti biasa , kerana kesetiaan kau ,
Kau tetap menerima sahabat mu ini .

Sahabatku ,
Semakin hari kita semakin serasi ,
Aku yakin kau ialah sahabat dan teman ku yang ku cari-cari selama ini ,
Ku yakin kau akan berada disisi ku setiap masa dan keadaan ,
Walau dalam kealpaan ku kepada Pencipta ku dan Pencipta mu ,
Kau tetap menghulurkan tangan membantu ku mencerahkan derapan langkah ku ,
Aku gembira dan bersyukur ,
Kerana aku dikurniakan sahabat seperti mu ,
Yang sentiasa menemani langkah ku .

Ya , kau lah sahabatku ,
Si pembimbing manusia ke jalan cahaya - Al-Quran Al-Karim , Kalamullah ,.
Ya Allah , aku sangat bersyukur atas kurniaan ini .
Janganlah kau pisahkan aku dengan nya .


Adakah kamu telah membaca panduan hidup kita ??


You Might Also Like

1 comments

  1. dear dh delete entry yer? nad xjmpe...nad xdpt nk listkn dlm snarai nama..:(

    http://www.nornadiah.com/2012/09/list-nama-bloglist-miss-nadya-power.html

    ReplyDelete