Enam Pertanyaan Imam Ghazali

February 11, 2013

Isnin , 11 / 02 / 2013

! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hari nie wani nak share sedikit ilmu tentang enam pertanyaan imam ghazali . Mungkin ramai yang dah tahu ceritanya dan mungkin ada yang tak tahu . Jadi , jom lah baca , tak peruntukkan selama sejam pun , hee


- Enam Pertanyaan Imam Ghazali -

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-ii dengan murid-ii nya lalu beliau menanyakan beberapa soalan :-

01 . Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
Lalu muridnya menjawab orang tua , guru , kawan dan sahabat . Imam ghazali menjelasnya jawapan yang diberikan murid-iinya adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat bagi soalan ini adalah " mati " . Berdasarkan Surah Ali-Imran , ayat 185 .

" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati . Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu . Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga , maka sesungguhnya dia telah beruntung . Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan "

02 . Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ?
Lalu muridnya menjawab negara china , bulan , matahari dan bintang . Imam ghazali menegaskan bahawa jawapan yang diberi semuanya betul tetapi yang paling betul adalah " masa lalu " . Walau macam mana sekalipun , kita tak akan dapat kembali ke masa lalu . Oleh itu kita perlulah menjaga amalan kita pada hari ini dan hari yang akan datang agar tidak sesal di kemudian hari .

03 . Apakah yang paling besar di dunia ?
Lalu muridnya menjawab Gunung , bumi , matahari . Imam ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tetap tetapi jawapan yang paling tepat adalah " nafsu " . Maka kita perlu berhati-ii dengan nafsu agar nafsu tidak mengheret kita ke neraka jahanam . Berdasarkan Surah Al-A'araf , ayat 179

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam , kebanyakkan jin dan manusia , mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ( ayat-ayat Allah ) dan mereka mempunyai mata ( tetapi ) tidak digunakan untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah ) , dan mereka mempunyai te;inga ( tetapi ) tidak digunakannya untuk mendengarkan ( ayat-ayat Allah ) . Mereka itu seperti binatang ternakan , bahkan mereka lebih sesat lagi . Mereka itulah orang yang lalai . "

04 . Apakah yang paling berat di dunia ?
Lalu muridnya menjawab gajah , besi . Imam ghazali mengatakan jawapan itu adalah benar tetapi yang paling benar adalah " menanggung amanah " . Segala tumbuhan , binatang , gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah menjadi khalifah di muka bumi . Setengah manusia tidak sanggup memikul amanah dengan baik , lalu menjadi rosak dan binasa akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak .

05 . Apakah yang paling ringan di dunia ?
Lalu muridnya menjawab angin , kapas , debu dan awan . Imam ghazali menjelaskan bahawa jawapan yang diberikan adalah betul tetapi yang paling betul adalah " meninggalkan solat " . Manusia sering mempermudahkan dan meringankan sembahyang kerana lebih mementingkan urusan dunia .

06 . Apakah yang paling tajam di dunia ?
Lalu muridnya menjawab pedang . Imam ghazali mengatakan jawapan itu adalah benar tetapi yang paling benar adalah " lidah manusia " . Disebabkan lidah manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlaku perbalahan dan perpecahan . Ada pepatah melayu menyebut " kerana mulut , badan binasa " .



Oleh itu , marilah kita semua baiki diri masing-ii dari buruk kepada baik , dari malas kepada rajin semuanya lakukan niat lillahi ta'ala :) .. Majukan diri kerana Islam dan jadi hamba yang mengabdikan diri kepada Allah . Aamiin . 

Segala kebaikan datangnya daripada Allah dan kekurangannya juga datangnya Allah dan disandarkan kepada diri wani ^^





You Might Also Like

1 comments

  1. Salam,

    Lyeen nak minta tolong awak LIKE kan gambar ni boleh?

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=507734389265155&set=a.492692330769361.107132.122900754415189&type=1&theater

    Thanks sgt2 atas bantuan..:D

    Happy blogging..:D

    ReplyDelete