Daya Ingatan Wanita Lebih Tajam

March 11, 2013

Isnin , 11 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Siapa kata perempuan lebih pelupa berbanding lelaki ?? Satu kajian baru didapati , wanita mudah mengingati berbanding lelaki . Berdasarkan analisa dan kajian yang dilakukan ilmuwan di London England , mendapati wanita memiliki daya ingat yang lebih baik dibandingkan lelaki .

Bukan itu saja , malah pengkaji universiti pendidikan London itu mengatakan bahawa daya ingat wanita akan terus meningkat seiring dengan penambahan usia . Sebaliknya daya ingatan lelaki yang menurun .

Namun kesimpualn ini belum dapat mencari punca yang tepat untuk menjelaskan mengapa daya ingatan wanita lebih tajam . Mungkin , estrogen merupakan salah satu faktor yang berada di sebalik rahsia .

Kajian ini melibatkan 10,000 lelaki dan wanita dari Scotland , England dan Wales untuk diteliti kemampuan daya ingatan mereka dengan menganalisis data riwayat kesihatan dan perkembangan mereka semenjak mereka lahir di minggu yang sama pada tahun 1958 .

Ketika di usia 50 tahun , mereka kemudian diminta untuk menguji ujian daya ingatan dan uji percubaan lainnya . Pada ujian pertama , mereka diminta mendengarkan 10 kata setiap hari dan diberi waktu dua minit untuk mengingat kata sebanyak mungkin . Lima minit kemudian , mereka diminta menuliskan kembali sepuluh kata yang telah mereka ingat .

Salah seorang pengkaji iaitu Profesor Jane Elliot mengatakan percubaan ini menunjukkan perempuan lima persen lebih tinggi dalam kemampuan menyebutkan kata sebanyak mungkin . " Mereka pun lapan persen lebih tinggi untuk boleh menuliskan semula kata yang mereka ingat dibezakan dengan lelaki .

Elliot menjelaskan , perbezaan hasil ujian daya ingatan ini tetap sama setelah melibatkan faktor lain seperti kesihatan dan tingkat pendidikan .

Sementara itu , penelitian lain juga menyatakan  bahawa lelaki dinilai lebih banyak memiliki waktu lapang dibandingkan wanita setiap hari . Selama 24 jam sehari , waktu lapang lelaki lebih banyak 30 minit dibandingkan wanita .


Sumber : Buku Pedoman Wanita


You Might Also Like

0 comments