Umar Al Khattab Dengan Budak Gembala

November 23, 2013

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


KISAH Saiyidina Umar Al Khattab r.a Dengan Budak Pengembala .

Kisah dari Abdullah bin Dinar, di mana beliau pernah berkata ; 
Aku telah keluar bersama Umar Al Khattab ke Mekah . Tatkala itu turun seorang budak pengembala dari atas bukit yang berdekatan dengan kami .

Umar pun berkata mahu menguji budak gembala itu , 
" Wahai budak gembala, engkau jualkan saja seekor dari kambing biri-biri ini padaku. "

Balas budak gembala itu ; 
" Aku adalah hamba kepada tuanku sedangkan kambing-kambing ini adalah kepunyaannya. "

Kata Umar pula ; 
" Engkau katakan saja pada tuanmu, kambing itu dimakan serigala. "

Jawab budak gembala itu lagi ; 
" Kalau begitu dimanakah Allah ? Tidakkah Dia Maha Melihat ? "

Mendengar jawapan budak gembala itu Saiyidina Umar MENANGIS tersedu-sedan kerana berasa amat terharu mengingatkan rakyat di bawah pimpinannya dipimpin oleh Allah walaupun seorang anak kecil .

Keesokkannya , Umar menemui budak gembala itu dan tuannya lantas memerdekakannya . Umar berkata kepada hamba itu ; 
" Aku memerdekakan engkau di dunia ini dari tuanmu , moga-moga engkau merdeka juga di Akhirat nanti.

Allahu a'lam. 

Sumber : 

|| Nota Hati ||Begitulah tarbiah iman yang mantap di dalam hati orang mukmin . Sentiasa merasakan bahawa setiap apa yang mereka kerjakan Allah Taala sentiasa ada memerhati . 

Fi Hifzillah , Ilal liQa' 


You Might Also Like

2 comments

  1. Nice sharing adik.
    Kdang manusia lupa ada yang selalu memerhati ^_^
    Moga Allah redha

    ReplyDelete
  2. great piece of sharing wanie.... thanks for sharing...

    ReplyDelete