|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini :
1 . Tadarus Al-quran sejuzuk sehari paling kurang .
2 . Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam .
3 . Solat witir minima 3 rakaat semalam .
4 . Beri makan org berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari .
5 . Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari .
6 . Tahajjud setiap malam .
7 . Solat Sunat dhuha setiap pagi .
8 . Sedekah setiap hari .
9 . Pastikan sahur setiap hari .
10 . Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit .
11 .Tadabbur ayat suci Al-quran .
12 . Ziarah orang-orang yang kurang bernasib baik .
13 . Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan .
14 . Pilih makanan sunnah sebagai menu harian .
15 . Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik .
16 . Jauhkan aktiviti yang lagha .
17 . Zikir harian , banyakkan berdoa .
18 . Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari .
19 . Ajari diri dengan sifat rendah hati .
20 . Mudah memohon maaf dan memberi maaf .
21 . Menjaga dan merapatkan silaturrahim .
22 . Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna .
23 . Menjaga lisan , pandangan , pendengaran & hati daripada perkara-perkara yang dilarang .
24 . Tidak berlebih-kehihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka .
25 . Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib .
26 . Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga . ( suami & anak2 lelaki )
27 . Lazimi untuk kawal dan tahan marah , didik diri untuk lebih bersabar .
28 . Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang mahupun susah .
29 . Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan .
30 . Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan .
31 . Ikhlaskan hati kerana Allah . Hadirkan Allah didalam hati , berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir buat kita .
Ketika kita sedang membaca , mesti terdetik dalam hati korang yang perkara-ii di atas sangat boleh jugak di lakukan dalam bulan bulan yang lain cumanya , jika dilakukan di dalam bulan Ramadhan ini , ganjaran pahala meningkat banyak . Allah itu Maha Pemurah (:
|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'
||
