Program di Maahad Al-Abbasiah .

June 06, 2014

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Usaha nak publishkan entri ini , malam ini jugak sebab dah lama wani draf kan sejak malam sabtu lagi , hehe . 

Program nie dijalankan dekat sekolah lama wani , Maahad Al-Abbasiah , sungkai perak . Haa , program ini untuk pelajar-pelajar tingkatan lima (5) sekolah wani . Ermm , pelajar nya tak ramai pun tapi bolehlah untuk muatkan satu dewan , hehe . Cehh ! Macam ramai pulak bunyi nya , haha .

Prosedur untuk program ini semua kawan wani yang lakukan , wani hanya sekadar datang dan tengok , hehe . Sebenarnya nak share dengan mereka macam mana kehidupan di kolej wani tapi tak kesampaian sebab wani malu , hoho image . Jadi hanya sekadar datang tengok dan menambah orang .

Program nie , dua (2) hari dua (2) malam ( 30hb - 31hb ) tapi wani sempat join yang hari sabtu , program siang punya yang malam tak sempat sebab dah balik batang kali .

Yang wani dapat tahu . Bermula hari jumaat , program kami start petang jumaat .

Jumaat ( 30hb 05 2014 )

Haa , petang jumaat tu mungkin mereka adakan Negatif Positif sebab wani tengok gambar yang diterima ada conteng-conteng belakang kawan atas kertas *Nakkenamarahatasbaju* .



Ini program petang . Apabila matahari sudah terbenam , maka bermulalah episod di malam hari . Pada malam tu , kawan bagitahu mereka adakan ceramah Ikhtilat . Wahh ! Bagus bagus , walaupun perkara nie dah ramai orang ambik remeh , tapi bagi wani inilah perkara yang paling berat dalam usia seremaja ini . Haa , wani tak nak ceramah ikhtilat dekat sini , hehe . 



Sabtu ( 31hb 05 2014 )

Pada hari sabtu nie lah , wani dan kawan wani baru datang . Haa , agak lewat sikit , dalam pukul satu lebih tengahari baru sampai . Tapi takpela , sebab sempat join program mereka pukul 02.30 petang . Program petang tu tentang HalaTuju Selepas SPM . Slot kali nie membawakan kami supaya share macam mana kehidupan di waktu STAM , STPM , Asasi , Diploma , Persijilan dan Kerjaya ( SudahBerkerja ) . Kawan wani yang ambik STPM akan tampil dan terangkan bagaimana STPM itu , dan diikuti kawan wani yang ambik STAM dan seterusnya . Kebanyakkan daripada kami , ramai ambil Diploma , tapi tak semua yang tampil , hanya tiga orang sahaja , daripada kos yang berlainan . 


Lepas je habis slot tu , kami buat riadah dengan mereka . Wani ingatkan nak balik lepas slot tengahari tu , tapi kawan wani nak tengok mereka riadah . Wani pun on jela , takpe je , cuma takut balik malam . Ibu pun dah call banyak kali , tanya bila nak balik .

Waktu riadah ini , mereka main menggunakan tali , getah , bola pingpong , baldi , dan bola . Haa , rasa macam korang boleh tangkap mainan apa ? Hee . Haa , mereka tak boleh sentuh baldi dan bola tu tetapi mereka mesti menggunakan tali untuk bawa bola dan baldi itu . Dan sebagai nyawa , setiap kumpulan diberi belon , dan mereka kena jaga belon tu jangan sampai pecah . Kawan wani kata main Ratatula , haa macam tu la bunyi nya , haha .



Lepas habis riadah nie , semua buat hal masing masing , kendiri . Wani dan kawan pun balik sebab dah habis . Sampai rumah lepas maghrib . Alhamdulillah .

Yang balik keesokkan hari , kawan kawan wani ada plan program lain pada malam tu . Tajuk program tu wani tak tahu . Tapi adik wani cerita ada main lilin dan mereka kena pertahankan lilin tu . Haa , begitulah program terakhir untuk mereka . Alhamdulillah , selesai .

Ucapan untuk Pelajar Tingkatan 5 ( 2014 )

|| Nota Hati || . Jangan mudah putus asa . . Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu , solat-solat sunat seperti sunat hajat , sunat tahajut dan  sebagainya . . Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan . . Mohon maaf  dan  restu daripada kedua ibu bapa dan guru  sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan . . Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan  semasa di dewan peperiksaan . . Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang dan yang ditagih . . Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih . . Man Jadda Wa Jadda . Do the best for family and important yourself (:



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


You Might Also Like

4 comments

  1. semoga terus berjaya dalam kehidupan .....

    ReplyDelete
  2. hebat anak mude, antum, antunna semua hebat. ana jeles. ;')

    ReplyDelete
  3. Ahamdulillah.. mendapat ilmu sambil merapatkan ukhuwah

    ReplyDelete