Novel : DIA Cinta Yang Kucari .

August 26, 2014

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Wani tak pernah review novel yang wani baca . Dan kali nie nak cuba review .


Sinopsis DIA Cinta Yang Kucari .

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH .  Pada LUTH , PAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi . Sedangkan pada PAYED , LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya .      

“ Aku tak rasa aku cinta dia .  Dengan dia ni , aku rasa macam bad habit aje kut .  Payah nak singkir…” - FAREED AL-FATTAH

PAYED dalam penafian .  LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu .  Namun , atas dasar apa , dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri ?

“ Awak pada saya seperti air laut .  Semakin saya teguk , semakin saya kehausan…”  - FAREED AL-FATTAH

Menyedari kekurangan padanya , LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya , Luthfina juga membenci . Dia sedar , PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman . PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah .    

“ Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu , awak nak tak , ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap ? ”  - LUTHFIYA

Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan , PAYED menyambut dan menggenggamnya erat . 

“ Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni... ” - FAREED AL-FATTAH

Namun , perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH , adiknya sendiri .  PAYED memberontak dan LUTH reda menerima .

“ Aku nak yang macam Luth .  Fiya , Lee. Luthfiya .  Bukan Fina .”- FAREED AL-FATTAH

Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar .  Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan . Ketenangan LUTHFIYA , kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya .  Dia perlukan LUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji . 

Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi ?


Semenangjung Malaysia : RM 24.00
Sabah / Sarawak : RM 27.00


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. InshaaAllah best . Mula-ii wani baca pun rasa macam best dan ada akan tanda tertanya-ii .

      Delete