Bersabar Dalam Segala Urusan .
January 20, 2015
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Mengikut ahli sufi , sifat sabar adalah salah satu daripada jalan yang dapat menyelamatkan diri baik di dunia dan juga akhirat . Ini adalah kerana sifat sabar dapat membentuk serta membimbing jiwa agar tidak membuat sesuatu itu tanpa berfikir baik buruknya .
Dengan itu , maka mudahlah jiwa menghadam pelajaran al-Quran dan sunnah serta taat menjalankan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan-Nya .
Sifat sabar mencakupi tiga (3) aspek penting dalam usaha mencapai kesempurnaan iman dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Membolehkan seseorang itu sentiasa beringat untuk memelihara iman , menjaga kesucian hati , mempertahankan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara .

Untuk memperluatkan ketekunan dan ketahanan dalam melakukan riadah , kerja dan perjuangan untuk mencapai keredaan Allah .

Sentiasa menjaga dan memelihara lisan atau perkataan agar berlaku jujur dan ikhlas sesuai dengan yang terlintas di hati .
Wallahu a'alam .
|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'
||

2 comments
sabar itu satu kekuatan
ReplyDeletesabar itu separuh daripada iman
ReplyDelete