|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…

Tengok tajuk post mungkin dah faham yang sekarang wani dalam keadaan mempunyai dua perasaan . Geram bertambah pula dengan sabar , haha . Dah geram lepas tu mesti kena sabar takkan nak geram je , hati pun sakit . Hati memang dah sakit bila kegeraman tu timbul . Tapi bila hati sakit nak lah sihat semula dengan hadirkan perasaan sabar dan redha .
Nak dijadikan cerita timbulnya perasaan tu begini
Hari ini Awal Muharram , semua sektor pekerjaan tutup sebab cuti umum . Jadi wani pun cuti daripada berkerja , kawan-ii pun cuti . Ingatkan cuti nie nak pergi tengok sekolah yang wani ada mohon jadi guru . Sebelum datang sekolah tu , wani call setiausaha pembinaan sekolah tu , katanya sekolah tu memang nak pakai tenaga pengajar dan minta wani call guru besar sekolah itu . Tapi setiausaha tu tak ada nombor guru besar tu , jadi wani pergi la sekolah tu dan jumpa dengan beberapa orang ustazah dan minta no guru besar tu , mereka pun bagi . Dah dapat no ustaz tu wani tanya lahh .
" Assalamualaikum ustaz , ustaz nie guru besar sek sekian sekian ke ?? "
" Ye , saya . Kenapa ye ? "
" Saya nak tanya sekolah tu ada kekosongan kerja tak ? "
" Setakat nie tak ada , kami cuma nak pakai kerani je untuk tahun depan , ada jugak nak guna tenaga pengajar untuk tahun depan . Ada basic agama ke ? "
" 0oh , macam tu . Ada , saya Diploma Pengajian Islam , lagipun saya baru datang tengok sekolah tu. "
" Takpe , petang nie awak datang bawak sijil dan resume semua dalam pukul 2 petang macam tu , lagipun ada majlis kesyukuran pembukaan sekolah , semua dijemput hadir ."
" InshaaAllah , petang nie saya datang sekali bawa resume , terima kasih ustaz , Assalamualaikum "
" Baik baik , waalaikumussalam "
Rumah wani dari sekolah tu ambik masa selama sejam setengah nak sampai . Dahlah datang dua kali , pagi dengan petang . Pagi tu dah datang , bila call ustaz tu , dia suh datang petang , kena balik rumah tukar pakaian ambik semua sijil photostat , kebetulan resume tak print sebab sebelum nie semua hantar email , bukak laptop simpan dalam pendrive , siap-ii dan keluar pergi cari kedai printer . Alhamdulillah , ada kedai bukak .
Dalam perjalanan macam tak fikir apa , cuma kalau dalam alhamdulillah , berbaloi pergi dua kali , kalau tak dapat redha je , dah usaha tapi Allah tak izinkan .
Sampai sekolah itu , wani solat zohor dengan kawan . Sekolah tu sebelah masjid , jadi senang solat kat situ je . Meseg ustaz tu kata dah sampai tapi tak reply , takpe faham mungkin sibuk dengan majlis . Kitaorang pun duduk dekat pondok . Sekali ada sorang pakcik tegur suruh pergi makan . Masa tu wani tanya ,
" Ustaz sekian tu ada ? "
" dari mana ? Sek Slim ke ? " Sambil tersenyum ,
" Eh ! Takk ." Wani pun senyum la balik .
" Kejap ye pakcik pergi tengok "
( Beberapa minit kemudian )
" Haaa , ustaz sekian tu ada , pergi la masuk makan ." pakcik tu senyum lagi .
" Terima kasih pakcik "
Wani dengan kawan-ii pun masuk hall makan tu , ada seorang ustazah sambut . Wani dah gugup , ustazah tu suruh jemput makan , tapi bak kata kawan wani ustazah tu tak peramah , mahal dengan senyuman , haha . Mampu gelak je tapi diaorang jela makan , wani tak makan pun takut punya pasal , haha . Minum air je .
Bila ustaz tu dah selesai makan sembang apa bagai , baru lah dia jumpa wani . Nak dijadikan cerita geram nyaa . Ustaz tu tanya .
" Mana tahu sekolah nie ?? "
" Dapat tahu dari internet ada facebook tulis Sekolah Agama Rakyat Bla bla bla "
( Ustaz tu mengangguk )
" Nak mengajar ke ? "
" Haa , kalau ada kekosongan saya nak mengajar ."
" Macam nie la , awak boleh mohon dekat jabatan agama Slim River . Buat masa sekarang tenaga pengajar dah cukup . Kami nak pakai kerani pun tahun depan . Awak gi jabatan agama , mohon interview nanti kata nak mohon sekolah ini . Nak mohon penyelia kafa tu ?"
" Haa , boleh jugak "
( Bangun , ambik henset )
" 017 +++++++ . Nama dia Puan Sekian . Awak cuba call tanya ada kekosongan untuk guru kafa tak ?"
" Terima kasih ustaz , ingatkan sekolah ini ambik guru tajaan , macam interview pastu tunggu panggilan ."
" Dulu memang buat macam tu , guru bawah sekolah tapi sekarang semua guru dari Pejabat Agama ."
" Takpe ustaz , terima kasih yee "
" Dah makan ?? Kalau belum jemput la makan "
" Takpe , dah makan ustaz . Terima kasih."
Yaaa ! Begitu lah ceritanya tanpa tengok sijil dan resume wani . Nak menangis time tu . GERAM sebab datang macam tak ada function tapi dalam telefon suh bawa resume bagai . Boleh je ustaz tu bagitahu dalam telefon kalau nak mengajar sekolah tu kena mohon dekat Jabatan Agama dulu , tak adalah kawan wani drive sampai sejam setengah semata nak hantar wani pergi interview dan tengok sekolah tu .
Dalam perjalanan balik , wani call Puan sekian tu . Dia kata ada kekosongan guru kafa tapi kena datang pejabat ambik borang dan interview , pastu peperiksaan . Wani hanya mampu cakap InshaaAllah , nanti saya datang pejabat agama , terima kasih puan . Puan tu adalah jugak tanya dari mana , siapa bercakap , dapat mana no dan bla bla bla .
Ya Allah , dalam kereta mesti la kawan-ii bising , kata macam tak ada function datang , tapi alhamdulillah dapat makan , haha . Diaorang jela dapat makan , wani kelaparan tapi takpe , wani bersyukur ada kawan nak tolong bawa pergi sekolah tu , mampu belanja duit minyak je . Balik tu beli cakoi je untuk hilang kan kelaparan .
Bila balik rumah , wani cerita semua dekat ibu , ibu kata itulah pengalaman , orang nie macam-ii perangai . Ibu dah bagi peluang . Wani diam je . Pastu ibu kata mungkin rezeki wani dalam Batang Kali je , buat masa sekarang tunggu je kekosongan dari kedai buku . Cerita kat gomok , dia kata kena cari kerja tetap jugak , diploma wani bukan hanya layak mengajar je , banyak lagi .
Serius talk , wani dah putus asa nak mohon jadi guru sekolah . Nak ke jabatan agama tu tak adalah sampai ke Slim River , mohon kat Kuala Kubu je tapi nak pergi sana tu kena hari kerja , wani pula kerja , macam tak ada masa , InshaaAllah , akan cari masa untuk pergi mohon je tak berharap dapat mengajar sekolah dah . Mungkin dalam erti kata lain dah putus asa , dan hanya nak kerja kedai je , itu sahaja yang berkelayakkan .
Rezeki Allah ada kat mana mana . Wani usaha untuk kerja cuma tidak berharap nak mengajar sekolah dah . Itulah cerita nyaa , menggeramkan betul ustaz tu . Tapi dalam perjalanan balik wani cuba sabar dan terima dengan apa yang terjadi , bak kata Gomok mungkin ada hikmahnya , wani hanya mampu iya kan je . Hikmah tu rahsia Allah , wani pun tak tahu apa hikmah peristiwa hari nie .
Itulah ceritanya . Biar lah nama sekolah , ustaz dan puan tu dirahsiakan .
|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'
||
