Hiking Lata Medang , Kuala Kubu Bharu .

October 27, 2015

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Setelah beberapa hari post ini di draft kan , dah tiba masa untuk wani post kan di blog .


Ahad / 25hb October 2015 ( 08.00 Pagi - 04.30 Petang )

Alhamdulillah , sampai rumah dengan selamat nya dari jungle tracking ke Bukit Medang . Btw , baru tahu ada bukit yang boleh didaki dekat kuala kubu tu . Katanya ada dua bukit , Bukit Medang dan Bukit Kutu , cumanya Bukit Kutu duration nya dalam 3 jam macam tu dan apabila smpai puncak hanya permandangan , berlainan dengan Bukit yang baru wani daki nie , apabila smpai puncak ada air terjun , nak naik ke Bukit Medang nie duration nya lebih kurang dua jam , dan turun hanya sejam lebih .

First time jungle tracking macam nie dan berkasutkan sandle , haha . Memulakan ingatkan kawan ajak gi jogging dekat bukit jalan tar , dalam ingatan terbayang macam bukit larut , hanya jalan tar dan perjalanan nya setengah jam macam tu . Bila dah smpai sana , baru tahu tidak seperti Bukit Larut *anganangankumusnah tapi hutan yang perlu diredahi . Pengalaman , haha . Last jungle tracking waktu sekolah rendah , sekolah menengah hanya walk night .



Nak mendaki tu Ya Allah , Allah saja tahu betapa penat dan takut nya redah hutan yang berlecak walaupun tak banyak , tapi lagi penat dekat kengkawan yang bawa beg dipenuhi barang untuk masak BBQ dengan khemah bagai . Wani dan kawan hanya lengang je , haha , tak larat nak bawa beg berat cenggitu . Lagipun tak tahu atas tu nanti air terjun , kalau tahu boleh bawa baju salinan . 

Masa mendaki tu asyik tanya je bila nak sampai , pastu borak kosong dengan sorang kawan baru nie , baru tahu dia tak sama sekolah waktu sekolah rendah , tu tak kenal . Dengan sabar follow je wani yang lambat jalan berkasutkan sandle , haha . Dan ada jugak berhenti-ii untuk rehat , kaki pun dah lenguh tapi gagahkan jugak . Wani ingatkan nak suruh je diaorang naik , wani tunggu kat bawah tapi tak boleh sebb dah macam separuh bukit daki , nak tak nak kena tempuh jugak smpai dengar bunyi air terjun rasa lega sikit sebab hampir nak sampai ke Lata Mecu , atas tu lagi 5 minit akan sampai Bukit Medang tapi wani tak naik pun Bukit Medang tu hanya tahu gambar dari kengkawan yang pernah sampai ke Bukit Medang tu .

Alhamdulillah , dah sampai Lata Mecu . SubhanaAllah , tengok air terjun tu . Kengkawan lelaki buka barang-ii BBQ mereka dan mereka yang masak , mereka yang bukak khemah , boleh dikatakan semua mereka . Wani tak pandai sangat aktiviti dalam hutan nie macam nak bukak khemah *jujur , masak atas arang , risau dalam tak masak . Wani dan kawan hanya tukang makan , cuci pinggan dan kekemas barang sesikit bila nak balik tu . 



Dalam hutan tu , separuh ke bawah ada line , tapi bila separuh ke atas line dah tak ada . Risau jugak la line tak ada sebab family akan contact . Tapi tak jumpa jugak line bila kat Lata Mecu tu , nak buat macam mana , letak jela henset tu kat tepi .

Dalam pukul 2 lebih macam tu lepas kengkawan lelaki dah mandi semua , wani dan kawan pun kekemas sikit untuk balik . Waktu naik bukit tu , wani ada tanya diaorang , kalau nak turun ikut jalan yang sama ke ? Dia kata , tak . Naik flying fox , rendah je flying fox tu , haha . Kucing . Wani pun percaya , rupa-ii nya sembang langsung . Balik pun ikut bukit yang sama . Bila nak balik tu , tak ada nak berhenti , haha . Jalan straight je , ada berhenti pun sebab nak bergambar . Nak turun tu dalam sejam setengah je . Sampai kat bawah bukit dalam pukul 3 lebih macam tu .




Bila naik bukit tu akan jumpa dengan orang-ii yang dari kelompok lain kira ramai jugak la naik atas tu bukan kami je . Bak kata kawan , bila hiking nie kita kena ramah dengan orang sebab dalam hutan kan , takut sesat apa semua boleh tanya-ii mereka macam tu la yang wani faham . Dan sekarang dah faham dan tahu apa perasaan bila hiking tu . Memula rasa menyesal la jugak , tapi lama lama , inshaaAllah okeyy dan akan rasa nak naik lagi . Cumanya take time rasa nak naik lagi tu image .

Mungkin seronok sekiranya wani berpakaian lengkap seperti berkasut sukan , bukan sandle , haha . Berseluar track , bukan slack . Alahai , banyak betul kesilapan macam hiking nie . Tang lecak tu gerun , takut sandle terputus ke tenggelam dalam lecak ke . Macam macam perasaan ada , nasib baik ada kawan yang simpati sedia hulurkan kayu dan follow kat belakang , bagi pegang beg . Kalau tak , tak tahu la macam mana nak redah bukit-ii cerun macam tu image .


Apa apa pun , terima kasih kat farah sebab sudi ajak wani naik bukit yang ku sangka seolah olah jalan tar , haha image . Sudi pimpin wani naik bukit , tolong wani and anything  . Dan kengkawan lelaki yang bawa barang sampai beg berat-ii dan tolong wani dalam naik bukit-ii yang lecak + cerun and anything . Terima kasih atas catatan buku baru dan sinetron yang berlaku selama lapan (8) jam pergi , mendaki , menurun , dan balik . Dont worry about my parents , they are okeyy image .


 || Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||



You Might Also Like

2 comments