Mimpi .

May 21, 2016

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Aku tak pasti pasal mimpi nie tapi bukan sekali muncul , banyak kali mimpi orang yang sama , cuma tempat dan situasi berbeza . Mimpi nie buat aku terganggu , dan bila bangun tidur diri aku akan tertanya , kenapa mimpi dia ? dalam keadaan terpinga-ii  .


Persoalannya , kenapa dia ? kenapa bukan orang lain macam kawan sekolah , kolej atau sepupu sepapat ke ? Dia yang aku kenal dari darjah 4 , last bertemu tanpa bertentangan mata masa form 5 . Huuu ! dah 12 Tahun aku tak jumpa apatah lagi nampak . 12 tahun kayy , lama gilaa *barusedardah12tahun . Mimpi bukan sekali muncul , banyak kali , tetiap bulan . Paling sikit 5 bulan sekali mimpi dia .

Bak kata ustaz , mimpi kita nie bukan mimpi para nabi yang bermimpi untuk menyampaikan wahyu , mungkin mimpi kita hanya mainan syaitan , dan kemungkinan mimpi azab adalah untuk peringatan kita . Okeyy ! Aku tak ambik port sangat mimpi dia nie cuma lately nie kerap muncul dan kenapa dia ? Allahu . Takkan sebab dia cinta pertama aku , haish ! takkan . Keberadaan dia sekarang pun aku tak tahu .


Pertama kali aku search memgenai mimpi-ii nie banyak petanda kenapa kita mimpi orang sama , tapi bagi aku errr pertanda tu macam mengarut je image dan aku tak percaya pun sebanyak banyak kali aku mimpi orang yang sama iaitu dia , petanda tu tak ada jadi apa apa pun dekat aku . 

Nak tergelak , salah satu petanda tu  " Dia pun fikirkan kita "  hahahaha . 12 Tahun tak berjumpa apatah lagi terserempak dan nampak , kau fikir dia ingat aku lagi ke ? Tah tah , dah pindah ke ? Nak kahwin ke bertunang ke belum tentu dia jemput aku . 


Lagi satu " Mungkin Jodoh " , Allah , tak terfikir sampai ke situ bila dah matang nie , dedulu sekolah adalah jugak , hehe  . Yang sedia ada nie pun aku dah bersyukur .


Bagi aku , dia hanya lelaki mimpi bukan realiti . Bila sedar dah 12 Tahun tak nampak , aku rasa mustahil untuk aku nampak dia lagi . Bila mimpi tu selalu muncul dan ustaz kata mimpi itu cuma mainan syaitan , aku rasa , aku tak perlu peduli lagi kenapa dia yang muncul dalam mimpi aku kerap kali . Tak kisah sebelum atau selepas subuh . Petanda yang aku tahu tu bagi aku , auta semata , hehehe .

Semoga aku akan dapat mimpi yang bermanfaat akan datang . InshaaAllah .

Dunia Iman Bookstore
Alhamdulillah , Dunia Iman Bookstore dah ada laman web , boleh layari untuk terjah buku baru . Dan ada SALE !! untuk bulan ramadan yang bakal menjelang tak lama lagi .



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||






You Might Also Like

1 comments

  1. Awak mcm kawan ain. Dia pun mmpi mcm tu. Dah lama asyik mmpi yg sama ^^

    ReplyDelete