|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
![]() |
Char Kuey Teow Sedap Kuala Terengganu |
Char Kuey Teow Sedap Kuala Terengganu | Banyak kedai char kuey teow dekat area Kuala Terengganu , tapi kedai char kuey teow ini yang kami lalu pada malam itu . Mula mula wani ingatkan kedai ini , kedai mamak taw , hahaha . Sebab signboard depan dia nama macam kedai mamak .
Mula mula tak nak singgah sebab wani rasa macam kedai mamak tapi jalan jalan area kuala terengganu itu tak ada kedai yang menepati selera . Suami lah yang mengajak pergi kedai ini , cuba katanya . Bila kami sampai sahaja kedai ini , tengok . Kedai melayu rupanya , hehe . Pekerja pun ramai budak muda .

Wani ingatkan ada jual nasi nasi macam itu rupanya tak ada , maklumlah baru pertama kali masuk kedai makan ini . Kedai ini hanya jual char kuey teow sahaja , tapi pelbagai jenis tambahan seperti char kuey teow udang , ketam , ayam , daging dan sebagainya .
Wani order char kuey teow ayam , dan suami order char kuey teow kerang . Memang menyelerakan , bukan char kuey teow kosong sahaja , ada juga letak taugeh , daun kucai , udang . Jadi char kuey teow itu nampak meriah .
Kalau dah pergi sekali , mesti rasa nak pergi lagi . Wani jarang makan char kuey teow ini selalu makan kuey teow goreng je , hahaha . Bila dah rasa char kuey teow ini buat wani rasa nak makan lagi . Tapi perut dah kenyang tak lalu dah nak tambah lagi sepinggan 😂 .
Sesiapa yang pergi Kuala Terengganu , tetiba tekak teringin nak makan char kuey teow boleh singgah makan dekat kedai ini . Takkan menghampakan .
Boleh lawat mereka punya media sosial di facebook dan instagram .
Facebook : https://www.facebook.com/pages/World-Chef-CKT-Gong-Kapas-at-Restoran-Hijrah-Kuala-Terengganu
Instagram : https://www.instagram.com/worldchefckt/
Kedai buka pada pukul 5.30 petang sampai pukul 2.00 pagi . Hari isnin sehingga hari ahad . Hari sabtu , cuti .
Selamat menjamu selera di WorldChefCKT .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||