بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum , hai semua 😊
Okey . Tak lama lagi , inshaaAllah kita semua umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri . Wahhh ! Mesti rasa seronok dan semangat nak menyambut hari raya kan , boleh jumpa sanak saudara , solat raya dan makan ketupat rendang lemang beramai ramai .
Bila tiba hari raya , kita akan berjumpa dengan ramai orang . Yang muda kena hormat kepada yang tua . Salah satu cara hormat dan beradab , adalah bersalaman .
Dalam islam , bukan semua orang kita boleh berjabat tangan . Hanya orang orang tertentu sahaja , baik lelaki mahupun perempuan .
Jom , kita faham carta dibawah nie 😄.
Ini Dora , dengan siapa dia boleh dan tidak boleh bersalaman ?

01 . Suami (Warna hijau) - Dora dah kahwin dan dia ada suami , jadi suami tu dia boleh salam dan tidak wajib berhijab .
Keluarga Sendiri
01 . Abang - Abang kandung , dia boleh salam . Abang angkat , haram .
02 . Ayah - Ayah kandung , boleh salam . Sekiranya ada ayah tiri , boleh bersalaman .
03 . Anak Dora - Dora ada anak lelaki dan perempuan , dora boleh bersalaman dengan menantu-ii nya . Salah seorang anak dora ambik anak angkat lelaki , dora tak boleh bersalaman
04 . Atuk dan Nenek - Boleh bersalaman .
05 . Moyang - Ibubapa kepada atuk dan nenek , jadi boleh bersalaman .
Keluarga saudara mara
01 . Adik beradik belah ayah - Semua adik beradik ayah boleh salam . Kecuali suami kepada kakak dan adik perempuan ayah .
02 . Adik beradik belah ibu - Semua adik beradik ibu boleh salam , kecuali suami kepada kakak dan adik perempuan ibu .
03 . Sepupu - Semua sepupu lelaki tak boleh salam . Semua sepupu perempuan boeh salam . Sekiranya ada sepupu perempuan telah berkahwin , tak boleh bersalaman dengan suaminya .
Keluarga dua pupu .
01 . Datuk saudara dan Nenek saudara - Adikberadik atuk dan nenek . Adik beradik lelaki atuk dan nenek , boleh bersalaman . Suami kepada kakak dan adik perempuan atuk dan nenek , tak boleh bersalaman .
02 . Anak anak dan cucu atuk dan nenek saudara - Semua anak dan cucu lelaki atuk dan nenek tak boleh salam . Anak dan cucu perempuan atuk dan nenek saudara boleh salam .
( Selalunya dua pupu nie kita jarang jumpa kan ? Pendek kata , lelaki jangan salam dan perempuan boleh bersalaman )
Keluarga Pasangan (suami)
01 . Adik Beradik suami - Abang dan adik lelaki suami , tak boleh bersalaman . Kakak dan adik perempuan suami , boleh bersalaman . Suami kepada kakak dan adik perempuan , tak boleh bersalaman . Anak lelaki kepada adikberadik suami , tak boleh bersalaman . Anak perempuan , boleh bersalaman .
02 . Abah dan Ibu Mertua - Boleh bersalaman .
03 . Atuk dan Nenek suami - Boleh Bersalaman .
04 . Saudara mara suami - Semua saudara mara lelaki suami , tak boleh bersalaman . Saudara mara perempuan suami , boleh bersalaman .
Alhamdulillah . Selesai keterangan untuk bahagian perempuan . Bila tak boleh bersalam , sama makna dengan tak boleh bukak aurat .
Ini Asyh , dengan siapa asyh boleh dan tak boleh bersalaman ?

01 . Isteri (Warna hijau) - Asyh dah kahwin dan dia ada isteri , jadi isteri tu dia boleh salam dan bercampur .
Keluarga Sendiri
01 . Kakak - Kakak kandung , dia boleh salam . Kakak angkat , haram .
02 . Ibu - Ibu kandung , boleh salam . Sekiranya ada ibu tiri , boleh bersalaman .
03 . Anak Asyh - Asyh ada anak lelaki dan perempuan , Asyh boleh bersalaman dengan menantu-ii nya . Salah seorang anak asyh ambik anak angkat perempuan , tak boleh bersalaman
04 . Atuk dan Nenek - Boleh bersalaman .
05 . Moyang - Ibubapa kepada atuk dan nenek , jadi boleh bersalaman .
Keluarga saudara mara
01 . Adik beradik belah ayah - Semua adik beradik ayah boleh salam . Kecuali isteri kepada abang dan adik lelaki ayah .
02 . Adik beradik belah ibu - Semua adik beradik ibu boleh salam , kecuali isteri kepada abang dan adik lelaki ibu .
03 . Sepupu - Semua sepupu perempuan tak boleh salam . Semua sepupu lelaki boleh salam . Sekiranya ada sepupu lelaki telah berkahwin , tak boleh bersalaman dengan isterinya . Suami kepada sepupu perempuan , boleh bersalaman .
Keluarga dua pupu .
01 . Datuk saudara dan Nenek saudara - Adikberadik atuk dan nenek . Adik beradik lelaki atuk dan nenek , boleh bersalaman . Isteri kepada abang dan adik lelaki atuk dan nenek , tak boleh bersalaman .
02 . Anak anak dan cucu atuk dan nenek saudara - Semua anak dan cucu perempuan atuk dan nenek tak boleh salam . Anak dan cucu lelaki atuk dan nenek saudara boleh salam .
( Selalunya dua pupu nie kita jarang jumpa kan ? Pendek kata , perempuan jangan salam dan lelaki boleh bersalaman )
Keluarga Pasangan (Isteri)
01 . Adik Beradik isteri - Abang dan adik lelaki isteri , boleh bersalaman . Kakak dan adik perempuan isteri , tak boleh bersalaman . Suami kepada kakak dan adik perempuan , boleh bersalaman . Anak buah isteri , boleh bersalaman .
02 . Abah dan Ibu Mertua - Boleh bersalaman .
03 . Atuk dan Nenek suami - Boleh Bersalaman .
04 . Saudara mara isteri - Semua saudara mara lelaki isteri , boleh bersalaman . Saudara mara perempuan isteri , tak boleh bersalaman .
Alhamdulillah . Selesai keterangan untuk bahagian lelaki . Bila tak boleh bersalam , sama makna dengan tak boleh bercampur .
Setakat ini sahaja post daripada wani , ada ruang dan masa inshaaAllah akan update lain . Sekiranya ada yang silap , boleh pm wani untuk diperbetulkan . Sekiranya tidak faham , boleh tanya kepada yang lebih mengetahui .
Maaf salah silap dan kekurangan pada entry kali nie . Kebaikkan itu datang dari Allah dan keburukan itu datangnya dari Allah tetapi disandarkan kepada diri ini . Semoga esok lebih baik daripada hari ini (:
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pengalaman temuduga nie dah lama berlalu , dalam bulan empat (4) rasanya wani pergi temuduga jais nie . Saja nak throwback balik , hehe .
Dua (2) minggu sebelum pergi temuduga nie , ada dapat surat temuduga . Dalam masa dua (2) minggu tu la study silibus dari darjah satu (1) sampai darjah (6) , baca semua buku subjek kecuali alQuran dan hafazan . Tajwid baca bagi faham , hafal huruf , hukum semua la . Btw , dekat ujian tajwid nie markah lebih .
Interview nie ada dua sesi , ujian bertulis dan ujian lisan .
11hb April 2017
Tarikh wani pergi temuduga . Rasa tu dup dap dup dap je , nervous pun ada . Yang paling merisaukan masa datang nie boleh pula terlupa bawa dokumen dan sijil , aduhh ! 😂😂 penyakit lupa menyerang dah .
Alhamdulillah , masa nie bawa adik . Masa tengah periksa bertulis tu wasap dia suruh balik rumah bawa segala dokumen dan sijil . Dia balik rumah , alhamdulillah sebelum exam habis dia sampai dah .
Masa periksa nie ada subjek bahasa arab , feQah , tauhid dan jawi .
Untuk bahasa arab , minta bina ayat dan perkataan kan nombor .
untuk feQah , minta pengertian dan hukum
Untuk tauhid , makna sifat wajid dan dalil
Untuk jawi , jawi kan perkataan .
Alhamdulillah , semua boleh jawab walaupun ambik masa yang lama untuk berfikir , itu normal kan , haha 😄
![]() |
Tunggu giliran ujian berlisan |
Dah habis ujian bertulis , ujian lisan pula . Masa ujian berlisan nie tak pakai nombor giliran , diaorang buat ikut meja masa ujian bertulis tu . Disebabkan wani nak balik awal sebab nak ambik budak tadika balik , wani masuk pejabat dan tunggu tepi pintu penemuduga tu . Bila calon temuduga yang lain dah keluar , dalam seminit macam tu wani ketuk dan masuk .
Penemuduga akan minta perkenalkan diri . Kemudian , dia bagi surah al fatihah , baca dan bagitahu hukum dalam surah al fatihah . Dah selesai surah al fatihah , dia bagi petikan ayat Quran .
Wani dapat surah al-baqarah , ayat 1 - 10 . Penemuduga minta baca dan dia akan bacakan soalan , kita kena jawab . Ada juga penemuduga tanya soalan luar daripada petikan ayat Quran , tapi masih bab tajwid .
Contoh soalan , berapakah huruf izhar halQi dan apakah hurufnya ?
Tapi soalan hukum perkataan bergaris takkan lari , penemuduga akan tanya 😊
Selesai temuduga nie , macam biasalah penemuduga akan kata , tunggu dalam masa enam (6) bulan akan dapat jawapan . Dia tak bagitahu terus dapat atau boleh cuba tahun hadapan .
Alhamdulillah , selesai temuduga , baru boleh tarik nafas lega dan balik 😎 Tapi masa balik tu terfikir juga , terasa diri kurangnya ilmu agama , ermmm . Ada rezeki , inshaaAllah .
Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesalahan pada post ini .
Bittaufiq wannajah kepada yang dapat temuduga sesi kedua tahun nie :)
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah , kita sudah masuk fasa ke 10 malam terakhir ramadhan . Fasa terakhir nie la kena berbanyakkan amal ibadah untuk meraih malam lailatul qadar . Semoga amalan yang kita lakukan dirahmati Allah .
Setiap tahun , akan hadir satu hari sambutan untuk hari bapa . Untuk tahun nie , hari bapa jatuh pada hari ahad , 18hb Jun 2017 . Hari bapa disambut setiap hari ahad , minggu ke-3 bulan jun .
Untuk kesempatan yang ada wani nak ucapkan
" Selamat hari bapa kepada ayah wani , Zunidan bin Mohd Yusuff . Terima kasih atas segala pergorbanan , titik peluh ayah demi besarkan kami 3 beradik , atas didikan , teguran dan nasihat ayah kepada kami untuk menjadi manusia yang berguna . Terima kasih atas curahan kasih sayang dan sifat penyayang ayah kepada kami . Ayah adalah hero dan idola kehidupan kami dunia dan akhirat . Semoga Allah berikan kekuatan , umur yang panjang , kuat dalam menempuh segala cabaran dan dugaan yang Allah turunkan , dimurahkan rezeki , dan dirahmati dunia dan akhirat . Ayahlah segala galanya buat kami dan ibu 💕 Saranghaeyo appa 😍 "
dan tak lupa juga kepada ayah ayah diluar sana 😊
" Selamat Hari Bapa 👨💕 . Semoga dirahmati Allah dunia dan akhirat "
Salam Ikhlas ,
SyazwaniZunidan .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم

17 Ramadhan 1438H
Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus ( 30 juzuk ) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi s.a.w.
Firman Allah S.W.T:
" Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar".
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:
"Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan"
Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.
Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf"
Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:
Allah nyatakan dalam Al-Quran:
" Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil "
Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :" Makan tiga kali sehari" tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.
Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai peduman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :
" Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya".
Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.
Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
Firman Allah s.w.t:
"Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)"
Nabi berpesan:
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya"
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya"
Credit : SINI
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم

Sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat , tiba tiba bergenang air mata baginda s.a.w .
Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w.
Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar , baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya .
Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah s.a.w..
" Bukankah kami ini ikhwanmu? "
Rasulullah s.a.w menjawab ,
" Tidak , kamu semua adalah sahabatku . Ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku . Aku sangat rindu untuk bertemu mereka "
Sama-sama kita perbanyakkan selawat keatas nabi kita , Nabi Muhammad S.A.W .

|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
.jpg)
Alhamdulillah , dah masuk hari ketujuh kita berpuasa . Bila bulan puasa akan ada bazar ramadan , dekat sini la orang beli juadah berbuka . Tidak ketinggalan , wani pun pergi juga bazar ramadan .
Bila pergi bazar ramadan nie , wani akan cari kuih melaka aka kuih onde onde . Sebenarnya dulu selalu panggil kuih melaka je tak tahu pun nama onde onde tu 😂 bila dah besar nie baru tahu ada nama lain kuih melaka nie .
Opss ! Ini bukan post resipi kuih melaka . Wani tak pandai buat dari awal sendiri , wani pandai potong gula melaka , dan bentukkan bulat bulat je , hehe . Akan datang , inshaaAllah .
Opss ! Ini bukan post resipi kuih melaka . Wani tak pandai buat dari awal sendiri , wani pandai potong gula melaka , dan bentukkan bulat bulat je , hehe . Akan datang , inshaaAllah .
Kuih melaka nie memang feberet dari kecil lagi , dulu bila ibu ada masa lapang , ibu akan buat kuih melaka nie , tak bulan puasa pun ibu akan buat atas permintaan anak dara dia nie 😊
Kuih melaka nie yang sedapnya , gula melaka dekat dalam tu . Kalau buat sendiri memang puas la , masuk mulut je terasa gula melaka tu . Sekarang , kalau kita beli dekat orang , gula melaka pun dah cair . Seolah olah makan tepung bersalut kelapa ja , sebab gula tu dah cair jadi tak rasa kuih melaka nya .
Sekarang tengah belajar untuk suka makan kuih sekaya pula .
First impression , kuih sekaya nie tak berapa nak sedap , hahaha . Baru nak belajar makan dah dapat yang tawar . Mungkin lagi sedap sekaya yang tak ada pulut kut atau warna kuih tu membuat kita nampak tertarik dan gula merah yang secukupnya .
Tapi takpe , akan datang boleh belajar buat untuk bakal suami 🙈 . InshaaAllah . Tengok sekaya nie memula ingat macam puding caramel , rupanya bukan .
Dah lama tak bercerita , rasa awkward pula . Sekarang dah ada laptop , inshaaAllah akan rajin update 😊 . Ada peluang ruang dan masa , inshaaAllah akan menulis lagi post akan datang . Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesalahan pada post ini .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||