Dengan siapa kita boleh bersalaman ?

June 23, 2017

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for bersalaman di hari raya kartun

Assalamualaikum , hai semua 😊

Okey . Tak lama lagi , inshaaAllah kita semua umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri . Wahhh ! Mesti rasa seronok dan semangat nak menyambut hari raya kan , boleh jumpa sanak saudara , solat raya dan makan ketupat rendang lemang beramai ramai .

Bila tiba hari raya , kita akan berjumpa dengan ramai orang . Yang muda kena hormat kepada yang tua . Salah satu cara hormat dan beradab , adalah bersalaman . 

Dalam islam , bukan semua orang kita boleh berjabat tangan . Hanya orang orang tertentu sahaja , baik lelaki mahupun perempuan .

Jom , kita faham carta dibawah nie 😄.

Ini Dora , dengan siapa dia boleh dan tidak boleh bersalaman ?

Image result for mfr studio

01 . Suami (Warna hijau) - Dora dah kahwin dan dia ada suami , jadi suami tu dia boleh salam dan tidak wajib berhijab .

Keluarga Sendiri

01 . Abang - Abang kandung , dia boleh salam . Abang angkat , haram .

02 . Ayah - Ayah kandung , boleh salam . Sekiranya ada ayah tiri , boleh bersalaman .

03 . Anak Dora - Dora ada anak lelaki dan perempuan , dora boleh bersalaman dengan menantu-ii nya . Salah seorang anak dora ambik anak angkat lelaki , dora tak boleh bersalaman

04 . Atuk dan Nenek - Boleh bersalaman .

05 . Moyang - Ibubapa kepada atuk dan nenek , jadi boleh bersalaman .

Keluarga saudara mara

01 . Adik beradik belah ayah - Semua adik beradik ayah boleh salam . Kecuali suami kepada kakak dan adik perempuan ayah .

02 . Adik beradik belah ibu - Semua adik beradik ibu boleh salam , kecuali suami kepada kakak dan adik perempuan ibu .

03 . Sepupu - Semua sepupu lelaki tak boleh salam . Semua sepupu perempuan boeh salam . Sekiranya ada sepupu perempuan telah berkahwin , tak boleh bersalaman dengan suaminya .

Keluarga dua pupu .

01 . Datuk saudara dan Nenek saudara - Adikberadik atuk dan nenek . Adik beradik lelaki atuk dan nenek , boleh bersalaman . Suami kepada kakak dan adik perempuan atuk dan nenek , tak boleh bersalaman .

02 . Anak anak dan cucu atuk dan nenek saudara - Semua anak dan cucu lelaki atuk dan nenek tak boleh salam . Anak dan cucu perempuan atuk dan nenek saudara boleh salam .

( Selalunya dua pupu nie kita jarang jumpa kan ? Pendek kata , lelaki jangan salam dan perempuan boleh bersalaman )

Keluarga Pasangan (suami)

01 . Adik Beradik suami - Abang dan adik lelaki suami , tak boleh bersalaman . Kakak dan adik perempuan suami , boleh bersalaman . Suami kepada kakak dan adik perempuan , tak boleh bersalaman . Anak lelaki kepada adikberadik suami , tak boleh bersalaman . Anak perempuan , boleh bersalaman .

02 . Abah dan Ibu Mertua - Boleh bersalaman .

03 . Atuk dan Nenek suami - Boleh Bersalaman .

04 . Saudara mara suami - Semua saudara mara lelaki suami , tak boleh bersalaman . Saudara mara perempuan suami , boleh bersalaman .

Alhamdulillah . Selesai keterangan untuk bahagian perempuan . Bila tak boleh bersalam , sama makna dengan tak boleh bukak aurat .



Ini Asyh , dengan siapa asyh boleh dan tak boleh bersalaman ?

Image result for mfr studio

01 . Isteri (Warna hijau) - Asyh dah kahwin dan dia ada isteri , jadi isteri tu dia boleh salam dan bercampur .

Keluarga Sendiri

01 . Kakak - Kakak kandung , dia boleh salam . Kakak angkat , haram .

02 . Ibu - Ibu kandung , boleh salam . Sekiranya ada ibu tiri , boleh bersalaman .

03 . Anak Asyh - Asyh ada anak lelaki dan perempuan , Asyh boleh bersalaman dengan menantu-ii nya . Salah seorang anak asyh ambik anak angkat perempuan , tak boleh bersalaman

04 . Atuk dan Nenek - Boleh bersalaman .

05 . Moyang - Ibubapa kepada atuk dan nenek , jadi boleh bersalaman .

Keluarga saudara mara

01 . Adik beradik belah ayah - Semua adik beradik ayah boleh salam . Kecuali isteri kepada abang dan adik lelaki ayah .

02 . Adik beradik belah ibu - Semua adik beradik ibu boleh salam , kecuali isteri kepada abang dan adik lelaki ibu .

03 . Sepupu - Semua sepupu perempuan tak boleh salam . Semua sepupu lelaki boleh salam . Sekiranya ada sepupu lelaki telah berkahwin , tak boleh bersalaman dengan isterinya . Suami kepada sepupu perempuan , boleh bersalaman .

Keluarga dua pupu .

01 . Datuk saudara dan Nenek saudara - Adikberadik atuk dan nenek . Adik beradik lelaki atuk dan nenek , boleh bersalaman . Isteri kepada abang dan adik lelaki atuk dan nenek , tak boleh bersalaman .

02 . Anak anak dan cucu atuk dan nenek saudara - Semua anak dan cucu perempuan atuk dan nenek tak boleh salam . Anak dan cucu lelaki atuk dan nenek saudara boleh salam .

( Selalunya dua pupu nie kita jarang jumpa kan ? Pendek kata , perempuan jangan salam dan lelaki boleh bersalaman )

Keluarga Pasangan (Isteri)

01 . Adik Beradik isteri - Abang dan adik lelaki isteri , boleh bersalaman . Kakak dan adik perempuan isteri , tak boleh bersalaman . Suami kepada kakak dan adik perempuan , boleh bersalaman . Anak buah isteri , boleh bersalaman .

02 . Abah dan Ibu Mertua - Boleh bersalaman .

03 . Atuk dan Nenek suami - Boleh Bersalaman .

04 . Saudara mara isteri - Semua saudara mara lelaki isteri , boleh bersalaman . Saudara mara perempuan isteri , tak boleh bersalaman .



Alhamdulillah . Selesai keterangan untuk bahagian lelaki . Bila tak boleh bersalam , sama makna dengan tak boleh bercampur .

Setakat ini sahaja post daripada wani , ada ruang dan masa inshaaAllah akan update lain . Sekiranya ada yang silap , boleh pm wani untuk diperbetulkan . Sekiranya tidak faham , boleh tanya kepada yang lebih mengetahui . 

Maaf salah silap dan kekurangan pada entry kali nie . Kebaikkan itu datang dari Allah dan keburukan itu datangnya dari Allah tetapi disandarkan kepada diri ini . Semoga esok lebih baik daripada hari ini (:



|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||


You Might Also Like

1 comments

  1. perkara ni kita kena ambil berat tak boleh sambil lewa saja..
    sama macam kes balik kampung tak pakai tudung sesama sepupu lelaki.. kena titik beratkan..

    ReplyDelete