Kuih Melaka / Onde Onde .

June 02, 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for kuih onde onde


Alhamdulillah , dah masuk hari ketujuh kita berpuasa . Bila bulan puasa akan ada bazar ramadan , dekat sini la orang beli juadah berbuka . Tidak ketinggalan , wani pun pergi juga bazar ramadan .

Bila pergi bazar ramadan nie , wani akan cari kuih melaka aka kuih onde onde . Sebenarnya dulu selalu panggil kuih melaka je tak tahu pun nama onde onde tu 😂 bila dah besar nie baru tahu ada nama lain kuih melaka nie .

Opss ! Ini bukan post resipi kuih melaka . Wani tak pandai buat dari awal sendiri ,  wani pandai potong gula melaka , dan bentukkan bulat bulat je , hehe . Akan datang , inshaaAllah .

Kuih melaka nie memang feberet dari kecil lagi , dulu bila ibu ada masa lapang , ibu akan buat kuih melaka nie , tak bulan puasa pun ibu akan buat atas permintaan anak dara dia nie 😊

Kuih melaka nie yang sedapnya , gula melaka dekat dalam tu . Kalau buat sendiri memang puas la , masuk mulut je terasa gula melaka tu . Sekarang , kalau kita beli dekat orang , gula melaka pun dah cair . Seolah olah makan tepung bersalut kelapa ja , sebab gula tu dah cair jadi tak rasa kuih melaka nya .

Sekarang tengah belajar untuk suka makan kuih sekaya pula .

First impression , kuih sekaya nie tak berapa nak sedap , hahaha . Baru nak belajar makan dah dapat yang tawar . Mungkin lagi sedap sekaya yang tak ada pulut kut atau warna kuih tu membuat kita nampak tertarik dan gula merah yang secukupnya .

Tapi takpe , akan datang boleh belajar buat untuk bakal suami 🙈 . InshaaAllah . Tengok sekaya nie memula ingat macam puding caramel , rupanya bukan .

Dah lama tak bercerita , rasa awkward pula . Sekarang dah ada laptop , inshaaAllah akan rajin update 😊 . Ada peluang ruang dan masa , inshaaAllah akan menulis lagi post akan datang . Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesalahan pada post ini .



|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||


You Might Also Like

1 comments

  1. favourite Nurul sangat2 ni ^^

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete