|| Assalamualaikum ||
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , Allah permudahkan . Semalam ( 08/07/2017 ) berlangsung majlis pertunangan farah dan azmi . Majlis yang simple tapi meriah dengan kehadiran sanak saudara dan kawan kawan keluarga farah .
Farah nie kawan sekolah rendah wani , waktu kecik kecik dulu mungkin tak berapa rapat , sebab kelas lain lain . Kami mula rapat masa wani satu tempat kerja dengan dia , baru lepas SPM .
Pejam celik pejam celik , dah jadi tunang orang . Dulu , dia la insan yang selalu cakap nanti kahwin lambat , jodoh tak nampak bayang , tak ada orang nak kat dia . Perancangan Allah itu indah , cuma kita tak tahu . Bersyukur , Allah dah buka hati seseorang untuk menerima dia seadanya .
Siapa sangka tunang Farah tu , kawan masa zaman childhood dulu kan ? 😊
Majlis pertunangan Farah fully semua hasil tangan dia , gubahan hantaran pun dia gubah sendiri . Orang kata majlis pertunangan nie biar berserdehana . Dalam islam , tak digalakkan membazir . Lagipun gubah sendiri ini bagus , ia akan rasa dan nampak usaha tu . Ada kelebihan Allah bagi , iaitu kreativiti 😉
Okeyy , nak belanja sikit gambar majlis pertunangan farah 😍
![]() |
Hui , mesti berdebarkan ? Tipu la tak rasa apa apa , hehe . |
![]() |
Tersenyum indah mak Farah , bakal menerima menantu :) |
![]() |
Hantaran dua dua belah pihak |
![]() |
Farah dan Azmi |
Setiap majlis , mesti akan dihadiri oleh rakan rakan right ? Yaa ! macam tu la kitaorang yang tak tertinggal nak bergambar dengan cik comel meletopsss nie 👰
Ambik berkat sikit 😁
Semoga segalanya dipermudahkan Allah , dan Allah pelihara hubungan pertunangan ini hingga ke hari bahagia . Aamiin 😊
Pesan for bride to be farah :-
Tahniah , farah 🎉 Semoga terus kuat dan tabah dalam segala dugaan , tempoh pertunangan ini la masa untuk kenal pasangan each other . Segala perselisihan boleh dibawa bincang , kejujuran kepercayaan , dan kesetiaan itu penting 😊 . Dalam tempoh pertunangan juga akan ada datang rezeki yang tak kita sangka , mudah mudahan . Semoga Allah permudahkan semua dan mohon kepada Allah dalam semua pekara . Nak kahwin dah kawan aku yang sorang nie 😂
Cerita pertunangan orang dah publish siap . Cerita pertunangan diri sendiri ? Ermmm , sampai masa akan muncul juga , mungkin masa tu dah kahwin , hehe . InshaaAllah .
Mohon maaf sekiranya ada kekurangan atau terkasar bahasa pada post kali ini :)
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

🌹 Sabda Rasulullah SAW :-
" Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali , nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya sepuluh (10) kali ganda "
( HR Muslim )
🌹Allah akan hapuskan dosa dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak sebelas (11) kali setiap hari selesai solat fardhu .
🌹Jodoh ditentukan oleh Allah . Amalkan selawat seratus (100) kali sehari , inshaaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita .
🌹 Setiap penyakit ada penawarnya .
Bacalah selawat tujuh (7) kali pada air dan minum . InshaaAllah perut yang sakit atay memulas akan sembuh .
🌹Sesiapa yang mengamalkan bacaan selawat tiga (3) kali setiap selepas solat lima (5) waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah .
🌹 Amalkan membaca selawat sebanyak seribu (1000) kali sehari , inshaaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran . Disamping itu berusaha untuk menerokai pelbagai ilmu .
🌹 Sesiapa yang mengamalkan berselawat sebelas (11) kali setiap hari , dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain .
🌹 Menurut Sayyid Ahmad Dahlan , sesiapa yang berselawat walaupun sekali pada malam jumaat , saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi .
🌹 Sesiapa yang berselawat empat puluh satu (41) kali sehari , InshaaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki , dan sebagainya dalam dirinya .
🌹 Sesiapa yang amalkan berselawat seribu (1000 ) kali pada malam jumaat , InshaaAllah akan peroleh kebahagiaan sama ada didunia mahupun di akhirat .
🌹 Amalkan selawat sebelas (11) kali tiap kali selesai solat fardhu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain .
🌹 Berselawat tiga puluh tiga (33) kali sehari dapat menjernihkan hati , mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan di samping beroleh ketenangan fikiran .
🌹 Sesiapa yang berselawat tak kira banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya .
🌹 Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah , lebih lebih lagi pada saat kira menghadap kesukaran hidup .
🌹 Menurut Syibab Ahmad , sesiapa berselawat tiga (3) kali setiap selesai solat Subuh , Maghrib & Isyak , Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana .
🌹 Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak seribu (1000) kali setiap hari , Allah akan memelihara nya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah .
Banyak sebenarnya kelebihan dalam kita berselawat . Setiap selawat dapat pahala dan kelebihan yang baik untuk hidup kita .
Jom kita amalkan selawat sebanyak yang mungkin , semoga istiQamah 😊
Jom kita amalkan selawat sebanyak yang mungkin , semoga istiQamah 😊
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||