Beli Belah di Online Watson .

August 26, 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Related image

Beli Belah di Online Watson | Pertama kali beli barangan peribadi di laman web rasmi , selalunya barang barang macam ini wani suka beli direct dekat kedai terus . Yela , kadang-kadang wani nak tahu juga barang itu macam mana terus depan mata . Atas pilihan masing masing .

Apa yang wani beli dekat watson ?? Haaaa , wani beli pencuci muka dan pelembap jenama Himalaya . 

Himalaya ini wani baru saja pakai beberapa bulan yang lepas , tengok macam sesuai dengan kulit muka wani . Jadi , wani terus rasa nak pakai lagi tanpa pandang dekat produk lain , hehe .



Dekat kawasan rumah wani tak ada kedai watson , kalau nak pergi watson kena pergi rawang rasa macam tak ada masa nak ke rawang , itu rasa nak cuba beli online pula . Sebelum ini dah cuba beli online dekat guardian . Kali ini nak cuba beli dekat watson pula . 

Bila masuk laman web watson itu rasa macam wowww ! Banyak nya bagi barang percuma . Itu nak cuba beli . Barang percuma yang wani dapat mask muka dan ubat gigi darlie 😄 .

Pelembap Himalaya itu nak beli satu je , bila tekan Add Basket , tengok eh ! Ada tambah lagi satu . Alhamdulillah , percuma lagi satu kalau satu dah habis , ada stock lagi satu . 

Lepas ini tak payah lagi jauh jauh nak pergi rawang , boleh terus beli online dekat Watson . Wani pun ada dapat baucer dari watson . Boleh guna untuk pembelian produk yang seterusnya .

Untuk pesanan delivery , tak silap wani beli online nie hari Selasa , hari Khamis baru barang sampai dekat tempat kerja . Selalu kalau beli barang online akan dapat dalam plastik parcel , kali ini pertama kali parcel dalam kotak , haha *sedihnyabarupertamakali* 😂 Keterujaan yang baru katakan , hehe .

Lepas ini sesiapa agak watson jauh dari rumah atau ada asbab lain yang tak boleh pergi ke store Watson , boleh terus beli online . Klik je website Watson INI . Akan datang , InshaaAllah review shopping dekat Guardian pula 😊

Sekiranya tak tahu macam mana nak shopping dekat Watson , boleh tanya wani direct dekat email atau fanpage Fb . Okeyy , jumpa next entry pula , InshaaAllah .


|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||



You Might Also Like

7 comments

  1. Tadi ada nampak jenama ni kat Watson. Nak beli ubat gigi dengan pelembab nanti Jyeahhhh.

    ReplyDelete
  2. Hi...mrs pip jalan2 melawat family #afbdotmy ...
    mrs pip tak cuba lg beli watson online, lepas ni boleh mrs pip try juga ....

    ReplyDelete
  3. Sekarang semuanya di hujung jari kan...senang je..klik2 bayar pas tu tunggu je barang sampai

    ReplyDelete
  4. lagi best tu dapat free gift!

    ReplyDelete
  5. wowwww memang pun jauh. paling dekat nun kat aeon rawang kan wani. tabahlah kite. akak pun kalo beli skin care, beli watsons je tapi beli secara online tak pernah lagi

    ReplyDelete
  6. Mcm mana kita nk tahu process brg tu dh sampai mana? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk laman web watson , login . Pastu pergi dekat akaun watson kita , klik dekat Order History . Boleh check Shipping Status dekat date yang kita order tu . Penghantaran guna citylink .

      Delete