Kebaikan Surah Al Mulk

August 19, 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for kebaikan surah al mulk

Setiap surah didalam al-Quran ada kebaikan yang tersendiri Allah sediakan untuk umatnya . Apabila kita mengamalkan membaca al-Quran , lagi banyak kebaikan yang akan Allah berikan kepada umatnya .

 "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf"

Salah satu surah didalam Al-Quran adalah Surah Al-Mulk . Surah Al-Mulk selalunya dibaca selepas solat isyak atau sebelum tidur . Kebaikan membaca surah Al-Mulk dengan istiQamah , akan terlepas daripada siksa kubur .

“ Sesungguhnya Rasulullah S.A.W tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk. ”

Antara kelebihan surah Al-Mulk adalah

🌹 Mendapat Syafaat .

Apabila kita istiQamah membaca surah Al-Mulk setiap malam , inshaaAllah , diakhira kelak surah Al-Mulk akan memberi syafaat .

" Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga. ”

🌹 Menyelamatkan dari seiksaan kubur .

Terdapat beberapa riwayat daripada Rasulullah yang bersabda ,

“ Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam , nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir ”

🌹 Hati beriman .
Apabila kita sentiasa membaca surah Al-Mulk tanpa meninggalkannya , InshaaAllah ayat ayat surah Al-Mulk akan kekal dihati dan ingatan . Tanpa membuka Al-Quran , kita mampu menghafal 30 ayat surah Al-Mulk tersebut .

“ Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman. (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah). ”

🌹 Mendapat keistimewaan .

“ Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk. ”

Kesimpulannya ,
Surah apa apa pun yang kita baca didalam Al-Quran terdapat kebaikan dan kelebihan yang tersendiri , yang paling penting ketenangan hati dan mengingati Allah S.W.T dalam setiap rutin harian kita . Al-Quran juga merupakan syafaat kita diakhirat kelak .

Semoga kita semua dijauhi dari siksaan kubur dan kemurkaan Allah dan dijauhkan daripada perbuatan yang dilarang Allah . Sesungguhnya azab Allah lebih pedih daripada azab dunia .


|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||


You Might Also Like

3 comments

  1. Assalamualaikum Syazwani,

    Sis suka dengar bacaan surah Al-Mulk dari Qari Youssef sangat menusuk kalbu..

    ReplyDelete
  2. memang best Al-Mulk ni. sikit pun sikit 30 ayat je. moga kita boleh mengamalkan membacanya amin :)

    ReplyDelete