Ujian Bulan II

August 18, 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Biasanya bulan 8 ini bulan peperiksaan bulanan kedua . Tak ketinggalan sekolah wani pun ada buat peperiksaan bulanan . Alhamdulillah , dah seminggu ujian dijalankan . Hari ini , hari terakhir mereka jawab periksaan , tinggal nak dapat markah je . Wani dah kena start tanda kertas mereka 😪 .

Nak jawab ujian ini akan jadi senang kalau membaca , tak membaca memang takkan tahu jawapan melainkan apa yang wani pernah terangkan mereka ingat . Stail mereka ini kalau wani tanya asyik jawab mereka tibai je , mereka main tanda je , siap yang menyanyi dan tanda dekat jawapan yang lagu berhenti . 

Aduhh ! Kekadang nak tergelak tengok telatah mereka jawab periksa , lagi kesian ada yang masih tak tahu nak baca jawi , ermmm , sebagai guru bacakanlah soalan dan pilihan jawapan . Dulu darjah satu sampai tiga soalan periksa berbentuk objektif dan pilihan jawapan . Tahun ini mereka dah darjah empat , lain pula bentuk soalan nya .

Masa awal tahun dulu agak susah sikit nak bagi mereka ini faham bentuk soalan . Bentuk soalan objektif , subjektif dan soalan wajib . Dalam kelas banyakkan juga latihan soalan subjektif , bila periksa pertengahan tahun mereka dah faham , senang nak terangkan .

Cuma beberapa pelajar yang lemah jawi itu , wani ada bantu sikit sikit , sekurangnya mereka ada markah dan tak nak bagi ketinggalan . Harapnya mereka ada peningkatan daripada peperiksaan yang sebelum sebelum ini .

Memang attitude mereka dengan guru sekolah kebangsaan dan guru sekolah agama lain ye ?? Ermmm . Harapnya bila mereka semakin membesar , attitude mereka berkembang dengan baik nya .

Mencabar juga jadi seorang guru ini . Semoga Allah redha (:


|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||



You Might Also Like

2 comments

  1. rindu zaman sekolah agama.. hehehe.. :D

    ReplyDelete
  2. Seronoknya menjadi cikgu, dapat tengok pelbagai telatah anak murid.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete