|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم

Buka Akaun Tabung Haji | Dah lama sebenarnya tak ingat pasal simpanan tabung haji ini . Seingat wani last sentuh buku tabung haji ini masa sekolah menengah dulu . Pihak TAHA ada datang sekolah dan minta kitaorang buka akaun tabung haji masukkan duit minimum RM 2 . Haaa , dan tu la last masukkan duit dalam tabung haji , hehe . Masa itu , pertama kali buka akaun tabung haji .
Bila dah kahwin , suami lebih reffer masukkan duit simpanan dalam tabung haji berbanding dalam ASB . Masa suami tanya pasal akaun tabung haji , otak dah merewang fikir mana buku simpanan tabung haji itu 😂 . Pendek kata , buku tabung haji itu dah hilang , tak ingat letak mana .
Disebabkan minggu ini berkelapangan , semalam wani pergi buka akaun tabung haji . Masa sampai sana , wani tanya orang kaunter itu samada wani pernah buka akaun tabung haji tak ? Dan orang itu check wani pernah buka tabung haji .
Amount dalam tabung haji hanya ada RM 3.00 , hehehehe 😁 . Ingatkan banyak duit dalam tabung haji itu rupanya ada RM 3.00 sahaja . Wani pun request nak buat permohonan buku baru sebab buku lama dah hilang . Nak buat buku baru , cuma isi borang dan masukkan sedikit duit supaya akaun tak kena burn .
![]() |
Buka Akaun Tabung Haji |
Sekarang simpanan , simpan di tabung haji . Sebelum ini simpanan dekat ASB , tapi suami minta buat simpanan dekat tabung haji . Maka , kenalah buat buku baru tabung haji , akaun dah ada , buku yang tak ada 😂
Pada hari tersebut juga pergi buka akaun maybank , bagi memudahkan urusan bank in customer . Wani ada buat business online kecil kecilan , sebelum ini ada akaun CIMB bank sahaja tapi ramai customer request nak akaun maybank . Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar .
Sesiapa tak ada akaun tabung haji , boleh buka akaun tabung haji di cawangan yang berdekatan dengan anda .
P/S : Wani harap makcik yang uruskan buku baru akaun wani ini lebihkan senyuman dan cakap dengan mesra alam .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||