Buka Akaun Tabung Haji

October 31, 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for tabung haji

Buka Akaun Tabung Haji | Dah lama sebenarnya tak ingat pasal simpanan tabung haji ini . Seingat wani last sentuh buku tabung haji ini masa sekolah menengah dulu . Pihak TAHA ada datang sekolah dan minta kitaorang buka akaun tabung haji masukkan duit minimum RM 2 . Haaa , dan tu la last masukkan duit dalam tabung haji , hehe . Masa itu , pertama kali buka akaun tabung haji .

Bila dah kahwin , suami lebih reffer masukkan duit simpanan dalam tabung haji berbanding dalam ASB . Masa suami tanya pasal akaun tabung haji , otak dah merewang fikir mana buku simpanan tabung haji itu 😂 . Pendek kata , buku tabung haji itu dah hilang , tak ingat letak mana .

Disebabkan minggu ini berkelapangan , semalam wani pergi buka akaun tabung haji . Masa sampai sana , wani tanya orang kaunter itu samada wani pernah buka akaun tabung haji tak ? Dan orang itu check wani pernah buka tabung haji . 

Amount dalam tabung haji hanya ada RM 3.00 , hehehehe 😁 . Ingatkan banyak duit dalam tabung haji itu rupanya ada RM 3.00 sahaja . Wani pun request nak buat permohonan buku baru sebab buku lama dah hilang . Nak buat buku baru , cuma isi borang dan masukkan sedikit duit supaya akaun tak kena burn .

Buka Akaun Tabung Haji

Sekarang simpanan , simpan di tabung haji . Sebelum ini simpanan dekat ASB , tapi suami minta buat simpanan dekat tabung haji . Maka , kenalah buat buku baru tabung haji , akaun dah ada , buku yang tak ada 😂

Pada hari tersebut juga pergi buka akaun maybank , bagi memudahkan urusan bank in customer . Wani ada buat business online kecil kecilan , sebelum ini ada akaun CIMB bank sahaja tapi ramai customer request nak akaun maybank . Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar .

Sesiapa tak ada akaun tabung haji , boleh buka akaun tabung haji di cawangan yang berdekatan dengan anda .

P/S : Wani harap makcik yang uruskan buku baru akaun wani ini lebihkan senyuman dan cakap dengan mesra alam . 



|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||



You Might Also Like

2 comments

  1. tahniah, dah mengorak langkah pertama untuk menyimpan.. akak pun ada kes ngan peg di kaunter TH ni, akaun akak mmg x aktif lama dah, aritu cuba nak aktif, bleh plak dia kata akak x da akaun TH, mula la naik hangin coz setiap bulan mmg buat potongan gaji, akak minta dia chek, br terhegeh2 kata sorri... tu le TH ni nak pakai senang je keja, cakap x da habis citer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar la akak . Memang begitu pesen orang agaknya , haha . Nak kerja senang cakap je tak ada . kalau ada , dia yang malu sendiri . hehe .

      Delete