Keselesaan yang Indah Bersama Malaysia Airlines

October 30, 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Related image

Hai korang ! Siapa antara korang yang pernah naik kapal terbang ? Tak kisah , sama ada pergi bercuti ke , balik kampung ke , urusan kerja ke , mesti ada yang pernah naik kan . Ada jugak yang tak pernah ada pengalaman naik kapal terbang betu tak ? Sebab-sebab kenapa korang tak nak naik kapal terbang ini mungkin disebabkan perasaan takut , gugup , macam wani dulu takut nak naik flight tapi sekali dah naik berkali-kali nak naik tau ! Hahahaha :D

Sebab yang lain mungkin harga tiket flight ini mahal berbanding tiket transportation yang lain , jadi disebabkan oleh itu ramai yang takut nak naik flight . Kos mahal siapa nak , betul tak ? Tapi sekarang korang tak perlu takut lagi sebab sekarang Malaysia Airlines tengah buat promosi harga tiket . Yeahhh ! Jadi jom la cuba naik flight untuk bercuti nanti korang ! Dan create pengalaman baru bersama Malaysia Airlines ini . Serius , tak rugi untuk mencuba J

Ohh , yee ! Macam mana nak dapatkan harga promosi di Malaysia Airlines ini ? Okay cara dia simple sahaja , korang perlu menggunakan online booking ticket kalau korang nak dapatkan harga yang istimewa  ini , sebab promotion ini untuk korang yang book menggunakan online booking sahaja .

Macam mana nak booking ? Mudah sahaja . Korang klik sini untuk Malaysia Airlines onlinebooking tawaran terbaik di alam maya . Jadi disitu nanti korang akan nampak paparan harga mengikut tempat atau destinasi yang korang dah pilih . Haaa , senang je kan ? Nowadays kan zaman IT , jadi gunakan manfaat yang ada ini . Jangan membazir .

Malaysia Airlines mempunyai tiga jenis class penerbangan dimana korang boleh pilih sama ada nak class economy , business class ataupun premium economy . Setiap class seat yang ditawarkan di Malaysia Airlines ini mempunyai harga yang berbeza serta keistimewaan yang tersendiri . Menarik kan ??

Untuk pengetahuan korang yang tak pernah ada pengalaman naik flight ini , untuk class seat economy sebenarnya ada dua pilihan lagi iaitu premium seat ataupun standard seat . Jadi walaupun korang pilih class economy , korang juga boleh pilih seat yang class economy tawarkan . Premium seats ini located only in first few row dan berhampiran dengan pintu emergency , tak banyak sebenarnya seat untuk premium ini , jadi kalau korang nak seats ini korang kena cepat-cepat la booking . And the rest of seats yang ada itu ialah standard seats .

Related image
Class Seat Economy

Yang bestnya korang , walaupun class seat economy , korang juga akan dapat in-flight meal taw ! Dapat makan , hehe . Meal yang disediakan mengikut jarak jauh perjalanan destinasi korang . Kalau dekat biasanya akan dapat roti , biskut , buah-buahan macam tu , manakala yang jauh pulak akan dapat meal yang berat sikit .

Untuk class seat business class ini pula lebih selesa  berbanding class seat economy sebab seats di class business ini lagi empuk dan selesa . Bukan itu sahaja , di business class ini juga mempunyai kemudahan seperti TV series , Radio , games dan kalau korang ada bawa  anak-anak , korang  juga boleh gunakan e-Learning untuk mereka belajar sementara nak sampai ke destinasi yang di tuju . Tak ada membazir masa , sekurangnya di isi dengan perkara yang bermanfaat . Best kan !

Image result for malaysia airlines
Business Class Seat

Setiap penumpang dalam business class ini akan mendapat dua keping bagasi yang diperiksa iaitu dengan berat sebanyak 40 kg . Korang juga akan dapat akses percuma ke Golden Lounge Malaysia Airlines , di mana korang boleh la menyegarkan diri dengan mandi di tempat yang telah disediakan serta boleh menggunakan WiFi percuma sambil menunggu penerbangan seterusnya . Wahh ! best kot ! Business class ini pun ada in-flight meal ye . Meal yang disediakan sangat pergh !! sedap dan totally berpuas hati .

Image result for malaysia airlines
First Class Seat

Class seat yang ketiga yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines pulak ialah First Class seat . Haaa , baca pun macam dah takut kan ? Hehe . Nama first class kan , mestilah harga pun first class . Tapi , korang jangan risau , sekarang kan Malaysia Airlines tengah buat promosi ! Jadi apa lagi , gunakan  peluang keemasan ini untuk duduk di first class seat ini ! Rugi tau kalau tak guna peluang yang ada ini. Bukan selalu MAS nak buat promosi macam ini ! Apa lagi ! Jom booking tiket flight sekarang !


Pilihan yang manakah korang pilih untuk class penerbangan ini ? Korang dah boleh klik link diatas untuk fikir dan nilai , serta jangan lupa booking ticket untuk harga yang istimewa ini .





|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||



You Might Also Like

4 comments

  1. Waaaa menyenangkan sekali ya

    ReplyDelete
  2. bila naik MH ni terasa macam kat Malaysia walau diri masih kat luar negara...mmg selesa tapi yg sedih MH ni dah semakin merosot dan mmg menyedihkan sebagai rakyat Malaysia...*sobss

    ReplyDelete
  3. Tak pernah nak flight tp one day akan naik juga dan mestilah MAS jd pilihan

    ReplyDelete
  4. Memang dari dulu MAS tetap menjadi pilihan hati

    ReplyDelete