Wedding Review : Izwan Komari Photographer .

November 28, 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Wedding Review : Izwan Komari Photographer | Dalam sesuatu majlis , salah satu yang penting adalah photographer . Dengan gambar , ia boleh jadi kenangan , dan terimbau balik masa masa kejadian dalam gambar tersebut . Jadi , wani nak buat sedikit review tentang photographer masa majlis perkahwinan wani , dua bulan yang lepas .

Wani start survey photogpaher ini , lima bulan sebelum majlis . Bak kata mak ngah kena booking cepat cepat . Tarikh wani kahwin , tarikh "hot" . Sebab itu wani survey photographer ini awal . Makan masa juga nak survey tambah pula kena tanya pendapat suami masa itu , tak boleh nak terus booking je , haha .

Dalam survey , biasalah ada murah dan juga mahal . Bajet kami tak banyak pun , peruntukkan masa itu satu ribu saja untuk photographer tapi wani berangan nak dapat album kristal , hehe . Kebanyakkannya yang wani survey , kalau album kristal mesti satu ribu keatas . Cari punya cari , jumpa fanpage Izwan Komari Photographer , gambar pun cantik , edit dia lawa-lawa .

Wani pun cuba tanya dan minta harga pakej . Yess ! Dia punya pakej sanding + nikah , hanya satu ribu . Dapat album kristal , dua frame , unlimited short dan sebagainya . Bila bincang dengan suami , dia pun setuju . Kami terus booking tarikh + bayar deposit .

Seeloknya sebulan sebelum dah kena confirm kan baik baik dengan photographer tersebut . Tapi yang datang wedding wani , person in charge under izwankomari ini . Takpe , sebab gambar gambar yang dia ambil sangat cantik . Bagi wani dan suami cantik , yang buruk nya kami dalam gambar itu , hahahaha .

Gambar Nikah .





Gambar dengan pelamin .




Gambar Outdoor .




Photographer sufian tersebut memang sporting , disebabkan wani tak pandai bergambar , dia yang suggest kan buat gaya apa , gaya apa . Pendek kata , wani dengan suami ini kenal tak sampai setahun pun , jadi banyak juga la moments gambar yang tak jadi , hahaha . Kami outdoor dekat sekeliling rumah sahaja dan bengkel ayah , haha . Bukan apa , penat majlis tak habis lagi sebab itu tak nak pergi jauh , kawasan rumah wani pun apa kurang nya 😄 .

Dengan photographer ini , tempoh untuk kami ambil album dan sebagainya makan masa selama sebulan lebih kami tunggu . Bagi wani okeyy la , tak ada sampai dah bersalin baru dapat album , hehe . Kerja yang kemas dan baik .



Sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan , wani recommend anda boleh berurusan dengan Izwan Komari Photographer .

Boleh ke facebook dan instagram mereka untuk melihat hasil kerja mereka .

Facebook :

Instagram :



Cipta moments hari bahagia anda bersama Izwan Komari Photographer .




|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||




You Might Also Like

2 comments

  1. Nice share! Keep on blogging and inspire other with love :D

    ReplyDelete
  2. Wedding yang sangat romantis dan tak terlupakan. Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warahmah, Aamiin.

    ReplyDelete