Char Kuey Teow Sedap Kuala Terengganu .

December 16, 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


char kuey teow sedap kuala terengganu
Char Kuey Teow Sedap Kuala Terengganu

Char Kuey Teow Sedap Kuala Terengganu | Banyak kedai char kuey teow dekat area Kuala Terengganu , tapi kedai char kuey teow ini yang kami lalu pada malam itu . Mula mula wani ingatkan kedai ini , kedai mamak taw , hahaha . Sebab signboard depan dia nama macam kedai mamak . 

Mula mula tak nak singgah sebab wani rasa macam kedai mamak tapi jalan jalan area kuala terengganu itu tak ada kedai yang menepati selera . Suami lah yang mengajak pergi kedai ini , cuba katanya . Bila kami sampai sahaja kedai ini , tengok . Kedai melayu rupanya , hehe . Pekerja pun ramai budak muda .



Wani ingatkan ada jual nasi nasi macam itu rupanya tak ada , maklumlah baru pertama kali masuk kedai makan ini . Kedai ini hanya jual char kuey teow sahaja , tapi pelbagai jenis tambahan seperti char kuey teow udang , ketam , ayam , daging dan sebagainya .

Wani order char kuey teow ayam , dan suami order char kuey teow kerang . Memang menyelerakan , bukan char kuey teow kosong sahaja , ada juga letak taugeh , daun kucai , udang . Jadi char kuey teow itu nampak meriah .


Kalau dah pergi sekali , mesti rasa nak pergi lagi . Wani jarang makan char kuey teow ini selalu makan kuey teow goreng je , hahaha . Bila dah rasa char kuey teow ini buat wani rasa nak makan lagi . Tapi perut dah kenyang tak lalu dah nak tambah lagi sepinggan 😂 .

Sesiapa yang pergi Kuala Terengganu , tetiba tekak teringin nak makan char kuey teow boleh singgah makan dekat kedai ini . Takkan menghampakan .

Boleh lawat mereka punya media sosial di facebook dan instagram .


Kedai buka pada pukul 5.30 petang sampai pukul 2.00 pagi . Hari isnin sehingga hari ahad . Hari sabtu , cuti .

Selamat menjamu selera di WorldChefCKT .




|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||



You Might Also Like

21 comments

  1. Aduh... silaplah pergi bukak waktu tengah hari ni ha. hahaha. rasa lapar terus tengok char kuey teow tu. kecur liur dibuatnya!

    ReplyDelete
  2. Fuhh terliur tau tengok char kway teow penuh pinggan ni , dah lama tak makan

    ReplyDelete
  3. kat Terengganu semua sedap2 dan kadang2 murah dari harga kl.. nampak sedap!

    ReplyDelete
  4. Kena bookmark tempat ni. Bila balik KT nanti boleh singgah. Selalu tak tahu nak makan mana bila blk sana. Nampak sedap char kuew teow tu. Penuh dengan bahan2.

    ReplyDelete
  5. dah lama giler tak makan char kuey teow sejak termakan kat yang mahal kat satu tempat tu.. haha tapi lepas tengok n baca entri ni terasa nak makan lak.. haha

    ReplyDelete
  6. Sedapnya dah lama tak makan sejak baby yaya ada eczema dengan kita sekali kena pantang makan huhu

    ReplyDelete
  7. Fah lama tak makan char koey teow. Lapar pulak tengah2 malam bila baca entry dan tengok gambar char koay teow ni

    ReplyDelete
  8. Kencur air liur tengok char keow teow ni.. Kat kulim ni ada gak nampak kena pergi makan gak nanti ni nak kat ganu jauh sangat hihihi

    ReplyDelete
  9. Tengok pun cam dah tahu sedap...lama tak makan, sini cam susah plak cari char kuey tiaw ni. Teringin dah ni mana nak cari hihi

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  10. Owh ada eh kedai CT sedap di Kuala Terengganu. Biasa kalau lalu sana mesti blur nak makan kat ner..

    lepas ni boleh singgah try menu kat sini

    ReplyDelete
  11. tgk gambar pun nampak sdap..:)

    ReplyDelete
  12. Alaaa...wani ni ..saje je tayang CKT ni...akak dh la tgh craving..suka ada kerang banyak

    ReplyDelete
  13. Nampak menarik habis char kuey teow die tu. Warna pekat, kuah banjir. Saya tak gemar sangat char kuey teow tapi kalau nak makan sekali sekale tu boleh je

    ReplyDelete
  14. haha i think we categorize this as Char Koay Teow Basah in Penang. it's famous in Sg Dua.

    ReplyDelete
  15. malam tadi baru neeza makan char kuey teow. hehe. lepas tengok entri ni rasa nak makan lagi lah pula. paling suka char kuey teow kerang dan telur. sedapnya. kalaulah neeza stay dekat terengganu memang neeza nak try cuba dekat kedai ni

    ReplyDelete
  16. Aduh duh..mmg nampak sedap char kuew tiow tu..kena try kalo g kuala tganu nnt..

    ReplyDelete
  17. The char kuey Teow looks different from the char kuey Teow that I use to eat. Not sure, KL has char kuey Teow from Terengganu?

    ReplyDelete
  18. wow...mcm menyelerakan sgt!leh try klu blik kmpg nnti

    ReplyDelete
  19. Kt jln gong kapas..tau2. Bestnye nampak wani!
    AS nak blk ganu cuti new year ni, harap2 bukak la kedainye.. Yummeh

    ReplyDelete
  20. saya orang terengganu..sedapnya

    ReplyDelete