Hadiah dari Printcious Untuk Suami .

December 01, 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Hadiah dari Printcious Untuk Suami | Alhamdulillah . Yeahhh ! Barang yang wani tempah dari Printcious dah sampai . Sebelum ini wani dah kongsi dengan korang macam mana nak DIY hadiah sendiri di laman web Printcious . DI SINI . Jadi hari ini , wani nak kongsi hadiah yang wani dah DIY dan custom sendiri untuk encik suami .

Bila masuk website printcious , memang rambang mata . Banyak hadiah yang begitu menarik sesuai untuk dijadikan hadiah buat encik suami . Jadi wani pilih mug dan coasters . Kenapa mug dan coasters ? Sebab bila suami sarapan pagi dan balik dari kerja , wani boleh buat air dalam mugs tersebut dan hidangkan kepada suami , serta mugs itu boleh diletakkan atas coasters . Jadi ia kelihatan seperti lengkap mugs dan coasters . Mana tahu masa encik suami minum tersenyum sorang sorang , hahaha 😄 .


Mugs ini banyak pilihan warna , antaranya biru , kuning , hijau , merah , hitam , oren , merah jambu , dan putih . Wani pilih warna kuning sebab ia adalah warna kegemaran wani . Ketinggian dan lebar mugs ini sama seperti mugs yang lain , iaitu 9.7cm dan lebar 8 cm . Ia dicetak dengan menggunakan pemindahan haba dan warna dilapisi di luar sahaja . Jadi tak bahaya guna mugs ini untuk kegunaan minuman harian anda .

Mugs suatu benda yang kita akan guna setiap hari , jadi apa salahnya reka satu mugs untuk kegunaan harian kita . Tak susah nak custom mug ini , hanya pilih gambar yang anda minat dan sedikit perkataan sekiranya ingin letak 😊 . 

Barang kedua yang wani tempah adalah coasters , ia pelapik untuk mugs . Nampak lengkapkan , nak hidangkan sesuatu mesti beralas , seperti kita ingin hidangkan makanan kepada tetamu mesti dialas dengan dulang . Begitu juga dengan mugs , ada alasnya .


Coaster ini pun boleh custom sendiri . Terdapat bentuk bulat dan petak . Jadi wani tertarik dengan bentuk petak . Bila pegang coasters ini , rasa lembut sahaja , dan printing gambar yang baik . Gambar itu menggunakan fabric , jadi hasil printing memang cantik . Alas ini boleh kelihatan baik dalam jangka masa yang lama . Tak mudah rosak . Ketebalan coasters ini adalah 3mm . Jadi bila mugs letak atas coasters ini , ia takkan bergerak kerana coasters ini diperbuat daripada getah . Memang puas hati dengan coasters ini .

Untuk keseluruhan , wani memang puas hati dengan hasil dari printcious . Untuk penghantaran , tak sampai dalam jangka masa yang lama , dalam masa 3 hari dah sampai . Wani order hari jumaat , hari selasa dah selamat sampai ditangan . Keselamatan barang juga dijaga dan dibalut sangat rapi , jadi tak perlu risau barang pecah atau sebagainya . 

Wani bagi lima (5) bintang dari segi barangan , printing , keselamatan barang dan penghantaran . Semua dalam keadaan yang sangat baik , dan wani berpuas hati . InshaaAllah , ada rezeki lebih boleh la beli hadiah dari printcious lagi . 

Untuk maklumat lanjut mengenai mereka . Boleh ke link dibawah .

WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:


Reka hadiah idaman anda untuk orang yang tersayang atau barangan idaman kegunaan anda bersama Printcious .



|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||





You Might Also Like

0 comments