|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Kelahiran Puteriku II |Bila boleh memilih untuk berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkan mu . Maka , ibu akan memilih untuk mengandungkan mu kerana ketika mengandungkan mu , ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah .
Samb ... ( kelahiran puteriku )
Bila dah teresak esak menangis sebab takut nak kena paksa bersalin , ada beberapa orang makcik nie tenangkan wani . Kami pun bersembang nak hilangkan rasa takut . Majoriti makcik-makcik yang ada dekat situ overdue nak melahirkan anak yang ke-3 dan keatas .
Bila bersembang , ada juga la gelak-gelak bila bercerita detik nak bersalin . Wani langsung tak makan dari pagi sampailah decide kena tahan wad . Alhamdulillah , suami sentiasa tunggu wani sampai wani dapat katil . Dah nak masuk maghrib , baru ada rasa lapar + nak sangat makan , hehehe . Seharian ketakutan menyelubungi diri . Menangis jangan cakap , rasa nak menangis setiap masa je lagi lagi kalau senyap tak menyembang dengan sesiapa .
Masa tu dah dapat baju hospital warna pink . Nurse minta tukar pakaian , pakai baju hospital itu . Dalam hati , " betul ke aku masuk wad hari nie " . Rasa masih tak percaya lagi kena tahan wad , tidur dekat hospital .
Setiap dua jam nurse panggil untuk buat pemeriksaan jantung anak . Alhamdulillah , jantung baby baik baik sahaja .
Datang hospital dalam tengahari , buat pemeriksaan semua hampir nak dekat asar juga dalam pukul 4.00 petang . Pukul 9.30 malam baru dapat katil . Dah boleh naik wad bila dah ada katil kosong .
Bila dah dapat katil , baru suami boleh naik wad untuk hantar barang , makanan semua lah . Setiap kali nampak muka suami je rasa sedih , hahaha , aduhh 😂 . Sembang sembang dengan suami dalam 10 minit macam tu , suami pun balik . Seharian teman isteri dekat hospital . Esok pagi , suami kena datang balik .
SABTU | 21hb Julai 2018
Pertama kali dalam hidup tidur dekat wad . Malam malam dengar baby baru bersalin menangis . Dengar orang kena tolak katil ke labor room . Memang tidur tak nyenyak dekat hospital , pendek kata tak tidur langsung .
Pukul 4 pagi , nurse datang untuk periksa jantung baby . Masa tu rasa baby bergerak dalam perut . Sambil sambil tu sembang dengan nurse juga , takkan senyap je , buat ramah sikit , hahaha . Siapa yang tidur , memang kena kejut untuk periksa jantung baby . Lepas dah selesai periksa jantung , wani pun tertidur , hahaha . Tak tidur satu malam , tertidur lepas nurse pergi ke katil lain .
Pukul 5.30 pagi , bangun untuk solat subuh dan periksa jantung baby lagi . Jantung baby baik baik sahaja . Kekadang cakap cakap dengan baby dalam perut tu . Doa yang baik baik untuk dia . Pukul 7.30 , ramai nurse datang untuk kemas katil , tukar lapik katil , buka tingkap dan bagi salinan pakaian .
Pukul 8 pagi , doktor datang katil untuk periksa apa yang patut . Kemudian , masukkan ubat induce . Doktor kata tunggu 6 jam , kalau tak ada tanda , masukkan ubat kali ke-2 nanti .
Suami pun datang , hantar makanan dalam 10 minit macam tu , suami kena keluar balik . Pukul 12 baru boleh masuk balik untuk waktu melawat . Dalam masa 6 jam tu , dah ada seorang dua dapat effect ubat . Dah buka jalan dan sakit contraction . Terus nurse tolak masuk labor room . Wani masih lagi tunggu effect ubat , haha . Cuma rasa sakit perut sikit sikit tapi tak kerap dan tak sakit sangat .
Pukul 12.30 , baru suami boleh masuk melawat sampai pukul 2.00 petang . Lepas pukul 2.00 , suami keluar untuk solat zohor . Wani bangun dari katil dan berjalan untuk solat zohor .
Selepas balik dari solat zohor itu , perut wani dah rasa sakit . Macam sakit sengugut . Okeyy , takpe wani tahan je . Makin lama rasa sakit itu makin kerap datang , sekejap 10 atau 5 minit tak sakit , lepas tu sakit balik . Wani dah rasa ini mesti sakit contraction , tahan sakit siap pegang cadar katil , duduk pun tak senang . Rasa nak campak cadar katil pun ada , hahaha . Sikit sikit wani tengok jam , rasa lamanya nak dekat 4.30 Petang masa melawat kali kedua .
Pukul 4.30 Petang pun suami datang untuk masa melawat kali kedua . Suami datang je , terus pegang tangan dia . Pegang sekuat kuatnya , macam sekuat hati pegang , punya lah sakit .
Dah lama sakit , nurse dan doktor datang untuk check bukaan jalan . Nurse offer nak ambil ubat tahan sakit , tapi wani tolak . Sebab dalam fikiran ubat tahan sakit itu macam bagi epidural . Lepas dah bersalin baru tahu , kena cucuk dengan punggung ja , hahaha . Bukan epidural .
Next post wani sambung , ada kerja sekejap . Nantikan sambungan nya . . . .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||