|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…

Perlahan Perlahan Kayuh | Dalam hidup ini bukan senang , nak senang . Kena usaha dan yang paling penting jangan pernah putus asa . InshaaAllah , apa usaha yang kita buat Allah Maha Mengetahui , cuma cepat atau lambat sahaja hasilnya .
Sekarang , wani tengah perlahan lahan nak ceburui bidang grafik , tak senang tanpa asas tapi kena belajar . Wani bermula dengan membeli CD master software grafik designer . Ilmu mengenai grafik memang zero , tak tahu apa apa pun tapi wani minat nak cuba sebab wani rasa bidang ini menarik .
Bila dah dapat CD software itu , download software dan cuba faham tutorial dalam CD itu , memang blur , hahaha . Sebab tak tahu kegunaan sesuatu tools itu . Atas sebab minat , wani cubakan juga faham dan belajar perlahan lahan dari CD software dan youtube .
Walaupun kadang kadang putus asa juga , hehe . Salah satu sebab , kekangan masa nak belajar . Dulu , wani kerja , dari pagi sampai petang . Bila malam , nak buka laptop rasa tak sempat , tambahan pula mengantuk . Sabtu ahad saja berkesempatan nak belek software tersebut dan blog .
Dah tak kerja ini , rasa lain macam tak ada duit sendiri , walaupun suami ada beri duit nafkah tapi wani tetap rasa nak pegang duit sendiri , duit hasil kerja sendiri . Nak kerja , suami dah tak izinkan , jadi duduk rumah sahaja . Bila duduk rumah , rasa nak buat something . Tetiba wani teringat software yang wani beli ini . Kali ini tekad nak belajar betul betul .
Alhamdulillah , takdir Allah , wani ditemukan dengan seorang kakak ini , kakak ini senior masa wani sekolah menengah dahulu . Wani tak tahu kakak ini ada buka kedai di taman perumahannya , dia juga mengambil tempahan kad kahwin .
Bermula dari dia , wani perlahan lahan belajar grafik buat kad kahwin . Dan bersungguh nak belajar software grafik ini . Alhamdulillah , wani juga dapat sokongan daripada ibuayah dan suami . Ibu pesan , kali ini kena buat betul betul jangan separuh jalan . Semoga Allah berkati apa yang wani ingin lakukan ini .
Wani sekarang belajar dalam design kad kahwin . InshaaAllah , akan datang boleh ambil tempahan dari orang awam . Doakan wani berjaya , inshaaAllah . Mula mula dah berangan nak buka kedai sendiri , hehe . Macam office sendiri gitu . Mengenangkan sewa kedai dan wani pun tak ada modal , letak tepi dahulu angan angan itu .
Langkah pertama ini , nak daftar SSM dahulu . Lepas yang satu ini , inshaaAllah akan lega sikit dan rasa dalam diri ini dah ada tanggungjawab yang baru dan orang akan percaya dengan perniagaan wani . Kalau ikut perancangan nak mulakan bulan dua ini , bulan satu ini belajar design dahulu . InshaaAllah .
Doakan wani berjaya 😊 dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat . Semoga doa itu berbalik kepada anda .
Dekat bawah ini beberapa design yang wani cuba buat , mohon komen 😄 .
Mohon komen , untuk sokongan moral kepada wani dan semangat diakan datang 😉 .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||