Saiyidah Naik Kuda .

January 08, 2018

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Saiyidah Naik Kuda

Saiyidah Naik Kuda | Banyak kebaikan naik kuda ini sebenarnya . Berkuda juga adalah salah satu sukan sunnah Rasullah SAW . Rasulullah SAW juga mengalakkan para ibubapa untuk ajar anak anak mereka , berkuda , berenang dan memanah .

Kepada yang tidak tahu , adik wani adalah salah satu anak autisme . Dia tak boleh bercakap tapi suara ada , dia juga kekadang boleh faham apa yang orang lain kata kepadanya cuma tak ada tindak balas sahaja .

Ibu bawa saiyidah naik kuda , untuk betulkan tulang belakangnya . Pada masa yang sama , ibu juga bawa adik pergi berterapi dengan salah seorang doktor pakar sakit saraf . Alhamdulillah , berkat usaha , adik punya tulang semakin pulih walaupun tidak seperti manusia normal . Naik kuda juga adalah salah satu terapi buat adik . 

Seronok sangat muka saiyidah bila dapat naik kuda , walaupun dia gayat , tapi dia diapit boleh bodyguard , hehe . Sepanjang naik kuda , muka senyum je adik wani ini . Takkan tak seronokkan naik kuda , hehe .

Kebaikan berkuda

Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). “Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan”.

Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan pendidikan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas.

Ibu bawa adik berterapi kuda ini di Bukit Beruntung area Bukit Sentosa . Tempat nya sangat luas bersebelahan dengan Masjid Bukit Sentosa . Di tempat tersebut bukan sahaja ada aktiviti berkuda , malah ada aktiviti memanah , dan kawasan arnab .

Bagi ibubapa yang berminat untuk menghantar anak anda berlatih disini , digalakkan . Masa wani datang sini ada pelajar tahun 3 dan tahun 4 dah pandai naik kuda . Pelajar tersebut tinggal di area berdekatan , jadi datang jalan kaki sahaja .

Nak memanah pun boleh juga , akan ada coach melatih untuk kita belajar memanah . Memanah ini juga ada kebaikan yang tersendiri dari segi tulang , fokus sasaran dan sebagainya . Untuk dewasa ada , untuk kanak kanak juga disediakan .






Berikut adalah harga bagi aktiviti tersebut . Mereka ada pada hari isnin - ahad . Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no yang tertera pada bunting harga tersebut dan layari facebook mereka .



Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)





|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||



You Might Also Like

1 comments

  1. yes berkuda sangat bagus untuk adik adik istimewa..pernah jadi guru ganti untuk kelas pendidikan khas..masa tu kebetulan ada trip bawak mereka berkuda, mandi kolam. mereka seronok dalam masa yang sama terapi untuk mereka.

    ReplyDelete