|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…

Dapat Kerja , Alhamdulillah | Dua bulan selepas wani kahwin , wani berhenti bekerja di satu tadika ini . Boleh rujuk post INI . Dekat dua tahun juga kerja dekat tadika tersebut . Rezeki tak panjang dekat tadika tersebut atas sebab beberapa faktor . Lepas berhenti , rasa lapang dan banyak habiskan masa dengan jaga rumahtangga . Bila dah biasa kerja , tetiba tak bekerja rasa lain , pada masa yang sama , wani mohon juga kerja lain ikut minat diri .
Banyak juga mohon kerja tapi biasalah , zaman sekarang bukan senang nak cari kerja , tambah pula kerja yang wani mohon luar dari bidang diploma , hehehe . Ada sedikit sahaja wani mohon jadi guru . Wani tak mohon kerja jadi guru tadika , mohon sebagai guru sekolah rendah .
Alhamdulillah , rezeki anak . Dapat panggilan menjadi guru ganti dekat satu sekolah agama . Berdekatan dengan rumah dan suami pun izinkan . Sebelum nie , suami tak izinkan kerja dah sebab wani mohon semua kerja luar daripada Batang Kali , hehehe . Tambah pula wani mengandung , tak nak bagi drive sendiri .
Tak tahu nak kata macam mana , tapi alhamdulillah , seronok kerja situ . Rasa macam diri berkata
" Ya Allah , suasana macam ini la yang aku nak daripada dulu bila jadi cikgu "
Walaupun hanya sebagai guru ganti , Allah bagi wani rasa nikmat itu seketika , suasana yang wani inginkan daripada dulu .
Sebelum ini , ada mohon sebagai guru jais . Tak ada rezeki , temuduga wani tak lulus . Ingat nak mohon lagi tapi mengenangkan anak yang bakal dilahirkan , tak jadi mohon , kalau boleh tak nak hantar pengasuh dan suami pula tak galakkan hantar pengasuh .
Tak mengapalah , dapat jadi kerja sekejap pun tak jadi masalah . Rezeki Allah dimana mana sahaja . Ibu duduk rumah sahaja pun , Allah dah beri nikmat rezeki , alhamdulillah .
Sesiapa nak order kad bisnes , boleh PM wani ye 😄 . Nak tahu lebih lanjut boleh wasap ( +6011 32493877 ) atau pm di Arifani Design .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||