Jenis Material Kad Bisnes atau Kad Nama

July 19, 2018

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for business card tumblr

Dibawah adalah beberapa contoh material kad bisnes yang anda boleh jadikan rujukan bila nak buat tempahan kad bisnes atau kad nama 😊 .

Jenis material kad bisnes .

Jenis material Artcard
Kebiasaannya pelanggan yang ingin mula berniaga akan pilih artcard . Dan bila mereka nak repeat order , mereka akan pilih material yang bagus . Artcard adalah kad biasa seperti jenis kad kahwin . Ketebalan 260gsm dan 310gsm . Boleh pilih ketebalan kad nya .

Jenis material Matt Lamination .
Kad jenis tidak kasar dan tidak la licin sangat tapi kad jenis matt lamination ini memang bagus . Ia adalah jenis kad keras . Kalis air . Jangan risau , sesiapa pilih jenis matt lamination ini memang akan puas hati 😍👍 .

Jenis material Gloss Lamination .
Kad jenis licin . Kad ini bila menghala ke cahaya ia akan nampak berkilau . Ia juga adalah kad jenis kalis air dan tahan lama . Antara kad material yang bagus selain daripada matt lamination . Siapa suka nampak kad berkilau boleh cuba kad jenis material gloss lamination ini 😊 .

Jenis material Fine Linen .
Fine Linen ini jenis kad kasar , kalau tengok kad jenis fine linen nie terdapat corak garisan garisan pada kad tersebut . Bila kita sentuh kad tersebut , kita akan rasa ada garisan pada kad tersebut .

Jenis material Ivory .
Material kad ini macam jenis kad manila kad atau material kertas A4 , tapi jangan risau . Kad ivory nie lebih tebal daripada manila kad . Yang penting ia adalah kalis air , dan tahan lama . Kalau kena air sikit pun ia takkan menjejaskan warna pada kad tersebut .

Jenis material Spot UV .
Spot UV ini agak mahal sikit sebab spot UV nie yang cantikkan kad nampak timbul timbul tu . Mesti kita rasa 
" Cantiknya kad aku , ada timbul timbul nie "
Yaa ! Yang timbul itu lah dipanggil spot UV . Boleh timbulkan gambar atau perkataan atau kedua-duanya . Atas pilihan anda . Tapi serius cakap , customer yang gunakan material ada spot UV nie semua puas hati dan feedback mereka " cantik " , hehe . Anda boleh cuba kalau mahu 😉 .

Serba sedikit wani kongsikan material kad bisnes dan kad nama untuk rujukan anda . Harga setiap material tak sama . Nak tahu harga murah yang wani sediakan untuk anda ? Boleh hubungi kami 😊 .

Facebook : Arifani Design
Email : arifanidesign@gmail.com .

Semoga ia membantu anda dalam pemilihan kad bisnes atau kad nama pilihan anda . Anda puas hati , orang yang menerima kad anda senang hati . Sebab apa ? Menarik dan Cantik 😉👍 .



|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||


You Might Also Like

0 comments