Kelahiran Puteriku .

November 17, 2018

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Alhamdulillah . Sekian lama baru dapat update blog nie . Sebenarnya dah lama draf post nie sejak dalam pantang sampai lah sekecik tu dah nak masuk 3 bulan , hehehe .

Alhamdulillah , Adlina Shafira membesar dengan sihat . Semoga si kecil umi sentiasa dipelihara Allah dan diberi nikmat kesihatan yang baik .

Cahaya mata kami yang pertama , kami beri nama Adlina Shafira Binti Muhammad Arif . Masa mengandung kan shafira , wani tak tahu dalam perut itu perempuan , sebab doktor scan katanya shafira menyorok . Bila orang tanya jantina , wani kata " Tak nampak , dia menyorok "
Orang yang bertanya mesti kata , " kalau menyorok-ii tu perempuan " . Sebenarnya tak kisah lelaki atau perempuan asalkan dia sihat .

Dah masuk minggu ke 36 , nurse check perut , katanya perut wani kecil , jadi kena refer doktor . Doktor check semua baby dalam perut berkembang dengan baik . Alhamdulillah .

Masuk minggu ke 38 , baby tak gerak sangat . Bila baby tak gerak kena refer hospital . Jadi wani pun pergi hospital Kuala Kubu Bharu . Dah sampai hosp , berdebar la juga . Nurse pun check berat , tinggi , ukur perut dan jantung baby .

Bila dah settel semua , doktor minta pergi ke Hosp selayang . Tapi kami pilih untuk ke Hospital Sungai Buloh , pergi sendiri . Tak terlintas dalam fikiran , wani akan ditahan wad dan induce . Sempat lagi sembang dengan suami , lepas gi Hospital Sungai Buloh nak pergi IKEA , hahaha 😂 . Menyempat lagi nak jalan jalan tu .

Sampai Hosp , diaorang check benda yang sama buat di Hospital Kuala Kubu . Cuma bila dah sampai Hosp Sg.Buloh ini , mereka check bukaan . Tak ada bukaan lagi . Tapi semua elok cuma doktor kata , baby kecil . Doktor pun sarankan untuk induce .

Wani tak tahu pun induce tu apa ? hahaha . Teruk betul . Jadi doktor terangkan prosedur induce . Bila doktor dah terangkan , wani pilih tak nak induce , takut , sebab induce tu paksa bersalin kalau boleh wani nak sakit normal . Doktor tahu apa yang terbaik untuk pesakit mereka , suami pun setuju untuk wani induce . Doktor kata kalau tak induce boleh jadi over due .

Apa boleh buat . Dalam keadaan tak bersedia nak bersalin , menangis teresak esak 😭 . Takut nak bersalin , haha . Pengalaman tu tak ada tambah lagi anak sulung .

---------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih sudi baca , inshaaAllah . Next post wani cerita lagi pengalaman bersalin anak pertama 😊



|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||


You Might Also Like

3 comments

  1. tahniah wani dengan kelahiran puteri yang comel

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah wani..

    ReplyDelete
  3. Alahh tengok syok-syok baca dah habis hahaha btw tahniah wani

    ReplyDelete