Shopping 11.11 - Hard Disk Seagate .

November 17, 2018

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hard Disk Seagate - 2TB

SHOPPING 11.11 - Hard Disk Seagate | Dah lama sebenarnya nak beli hard disk baru memandangkan hard disk lama lubang USB tu dah rosak .

Penyebab hard disk lama rosak , wani cabut wayar USB tu dengan kuat dan disebabkan tarikan wayar tu kuat , lubang punya cover pun tertarik keluar sekali 😂 . Memang sedih ceritanya . Rosak tu tahun 2016 . Tahun 2018 baru dapat yang baru .

Alhamdulillah , rezeki dapat beli hard disk baru . Boleh masukkan banyak cerita adik bongsu itu , anak wani pun dah pandai tengok tv jadi adalah masukkan cerita kartun yang boleh ditengok , seperti cerita Omar Hana , dan Noddy . Dah lama kan cerita noddy nie tak keluar di tv ? hehehe .

Hard disk kali nie , wani beli di Lazada sempena shopping 11.11 . Harga murah sedikit daripada yang sebelum nie atau di kedai . Di kedai 1TB , RM 260+ . Tapi di Lazada 2TB baru RM 256.00 . Jimat banyak daripada beli di kedai .

Setakat hari nie penggunaan hard disk , banyak juga dah masuk cerita pastu connect dekat televisyen . Hard disk masih ringan , ruang storage pun banyak lagi .

Mudah mudahan , penggunaan hard disk ini lama . Hard disk sebelum nie pun wani ada update di blog , tahun 2013 😄 . Masa dulu beli hard disk 500gb sebab ramai senior guna hard disk . Jadi wani nak hard disk juga masa belajar , hehe . Beli yang 500gb sahaja .

Mungkin akan datang lazada akan buat sale 12.12 . Boleh la anda grab hard disk harga murah . Jenama yang bagus sekarang , Toshiba , Seagate dan Western .

Boleh beli hard disk ketika sale di Lazada atau Shopee . Semoga ia bermanfaat untuk anda .


|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||



You Might Also Like

3 comments

  1. Wah.. berbaloi shopping time sale.. puas hati..

    ReplyDelete
  2. Beli time sale mmg berbaloi.

    ReplyDelete
  3. Memang berbaloi kalau dapat hard disk tu. Macam-macam boleh simpan kat situ nasib baik sy dah ada hehe

    ReplyDelete