Resipi Kek Batik Mudah dan Sedap

July 23, 2020

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


RESIPI KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP | Nak buat kek batik ini tak susah pun sebenarnya , resipi dan bahan bahan nya amat mudah untuk dicari dikedai kedai runcit .

Cuma kekadang kekangan masa yang membuatkan tak ada masa nak buat kek batik ini walaupun teringin nak makan . Sejenis mak wani , benda mudah dan senang elok buat daripada beli . Tapi ya ! Itu semua atas diri masing masing .

Wani pun tak selalu sangat buat kek batik ini , kebetulan ada bahan baru buat . Sebenarnya pernah beberapa kali gagal buat kek batik ini , hahahaha . Salah langkah ikut resipi , habis keras ya amat kek batik tu . Kesudahanya orang pun tak nak makan , ikan kolam ayah wani jela yang sudi makan 🤭 .

Okeyy . Kita mulakan dengan menyediakan bahan .

BAHAN-BAHAN
* 1 packet biskut marrie - Wani guna jenama munchys
* 1/2 susu manis .
* 1 Sudu Besar Esen Vanila - Untuk bagi wangi
* 1 sudu besar serbuk koko - Boleh guna jenama Van Houten
* 200g packet milo - Packet milo yang paling kecil
* 250g Buttercup
* Loyang / Bekas
* Pelapik Biskut (Boleh guna plastik lutsinar)

CARA MASAKKAN :
01 . Cairkan buttercup didalam kuali/periuk anda . 
kacau sehingga butter betul betul cair .

02 . Masukkan 1/2 susu manis , dan kacau sebati dengan butter tadi .

03 . Kemudian masukkan 1 paket milo kecil dan serbuk koko . Kacau sehingga sebati .

04 . Masukkan esen vanila , kemudian kacau dan kacau sehingga coklat mengelegak .

04 . Masukkan biskut marrie dan pukul rata , bagi semua biskut kena coklat .

05 . Kemudian masukkan dalam loyang atau bekas . Tekan tekan biskut itu bagi mampat dalam bekas .

06 . Dah tekan habis memenuhi ruang bekas , bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk . Biarkan selama 4 jam atau semalaman .

SIAP !


Siap dah kek batik korang . Lepas masuk dalam peti sejuk tu biarkan beberapa jam kalau rasa dah keras atau lembut keras , dah boleh ngappp .

Jenis wani tak sampai 4 jam pun dah ngapp , hahahaha . Agak kek batik tu lembut keras dah boleh makan . Makan je , jangan ditahan tahan bau aroma yang melaparkan tu , hahaha .


SELAMAT MENCUB DAN MENJAMU SELERA





You Might Also Like

0 comments